Bicara Aspirasi : The Return
Bicara Aspirasi dibina atas satu kesedaran bahawa hidup, perlu diteruskan.
dan penghidupan harus disertakan dengan semangat yang padu, kekuatan, keinginan, serta semestinya, keimanan.
memandang ke belakang itu perlu, bukan untuk meratapi atau menangisi, tetapi untuk dijadikan sebagai penyuntik semangat dan pedoman agar setiap hayunan langkah mendatang mampu dilalui dengan penuh keredhaan.
yang lalu itu meberi seribu makna dalam diri.
dari situ saya belajar makna redha dalam erti kata... yang sukar digambarkan.
saya, bukan manusia gagah perkasa yang tidak pernah jatuh rebah,
saya, bukan manusia yang hatinya tidak pernah menangis dalam menerima ujianNya,
tetapi saya, seorang manusia yang percaya, bahawa setiap apa yang telah, sedang dan akan dilalui itu,
adalah apa yang terindah.. mungkin tidak indah pada mata kita, tetapi yang terindah buat kita.
Allahuakbar. rahsiaNya hadir dalam pelbagai warna.
dan ternyata, warna yang dipilih Allah untuk saya, begitu istimewa sekali.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar;
orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Bicara Aspirasi : Behind The Scene
Bicara
diambil dari nama teratak lalu, Bicara Qalbu.Aspirasi
diambil kerana terkesan dalam setelah mengetahui makna nama arwah seorang sahabat,yang membawa erti, aspirasi syurga tertinggi.
sebenarnya hampir keseluruhan konsep laman ini terhasil dari erti namanya.
maaf, ia bukan berniat untuk "mengabadikan" atau "menangisi". kalian perlu jelas ya...
kata itu seperti mampu berdiri dan memberi satu macam suntikan halus ke dalam diri saya.
buatkan saya mahu berusaha, untuk menggapai keindahan syurgaNya.
ya.. syurga itu aspirasiku. meski aku sedar, aku tidak layak untuknya.
namun tiada salahnya, untuk bercita-cita. kan? :)
tema hijau
60. Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)
61. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?.
62. Dan selain dari dua syurga itu ada dua syurga lagi.
63. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
64. Kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya.
65. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
66. Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar.
67. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
68. Di dalam keduanya (ada macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima.
69. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
70. Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.
71. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
72. (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah.
73. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
74. Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.
75. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
76. Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah.
77. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
78. Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kurnia
Ar-rahman
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
“Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
“Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
“Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
“Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah,
Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih ,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)”
(riwayat al-Tabrani)
semoga kerinduan atas keindahan khabar syurga ini mampu menjadi pengubat lelah langkah kalian dan saya,
dalam menahan diri dari melakukan perkara yang menghalangi kita untuk kesana,
dan lebih membuatkan kita berlumba lumba dalam mengerjakan perkara yang membantu kita untuk kesana.
menjadikan dunia, sebagai jalan untuk meraih, CintaNya.
Allahu'alam
Allahu'alam
:)
12 ogos 2010
2 ramadhan 1431H
subhanallah,akak sukakan konsep blog ijj'lal~
ReplyDeleteada sahaja reason di sebalik setiap satu perkara yang ijj'lal tampilkan...
moga blog ini menjadi satu medium da'wah dan islah yang bermanfaat,insyaAllah~
salam wbt.
ReplyDeleteall praise return to Him.
krn Dia juga yg mengilhamkan.. :)