2012: continue to smile. Alhamdulillah, Alhamdulillah!
2011: smiles. Alhamdulillah. The rough journey of 2010 had made her the person she is today. Nobody knows what the following 365 days would offer to her, but one things for sure, she will try her best not to trip twice, walk every single step with a much more positive attitude, a big huuge heart & believes that she have the most Mightiest, The Most Intelligent, The most Delicate Force with her; Allah Azzawajal. :)
esok ayahanda akan turun selatan. (lagi?) bonda merajuk. kerna esok, merupakan ulangtahun kelahiran bonda yang ke 51. isteri mana yang tak mahu kehadiran suami pada hari kelahiran? buat ayahanda, pandai-pandailah jaga hati isteri yee... urusan suami isteri, si puteri bongsu tak larat nak masuk campur. he.he..
anyways.. heres a little sumthing untuk bonda. :)
2 november 1959 - 2 november 2010
bonda, selamat hari lahir ke 51.
presents and songs are definitely not enough to repay your kindness. hanya Allah sahaja yang mampu membalas setiap satu darinya.
Segala Puji Bagi Allah, pengatur segala tetapan.. 21 Zulkaedah 1431H
"kelakar lah." "kelakar kenapanya?" tanya saya. "dulu masa kecik-kecik, bila orang tanya nak jadi apa, boleh jawab nak jadi engineer. sekrang ni... after years and years, akhirnya dapat jadi engineer. macam kelakar je..."
alhamdulillah, kakak kedua saya yang selama ini merantau ke perancis untuk menuntut ilmu sudah selamat menghabiskan 7 tahun pengajiannya disana, dengan memperolehi pangkat master. master kejuruteraan hidrolik.
engineer of the family on graduation day. anak dara kene blurrkan wajah. kalau dah kahwin xpe. :D
konvo
beberapa minggu lalu, ayahanda dan bonda ke perancis bagi menyaksikan upacara konvokesyen kakak.
sudah alang alang ke perancis, terus meneroka bumi eropah sebaik mungkin. rancangan asalnya mahu meneroka sepanyol dan menjejak andalusia, namun segalanya tergendala dek tunjuk perasaan warga perancis atas isu pencen yang dinaikkan hingga 65 tahun. (wic is melampau juga sbnrnya.. ada pula pencen 65 tahun... siapa yang larat..?) habis lumpuh segala aktiviti sekitar perancis.
ayahanda dan bonda tidak dapat ke luar perancis lantaran tiada siapa yang mahu bekerja. but matter not, pelan B masih ada.. apa lagi, jalan jalan perancis lah!
eh.. sy bukan mahu bercerita mengenai perjalanan mereka di perancis kerana saya tidak tahu apa-apa mengenainya. almaklumlah... orang kena tinggal kan... he..he...
bual
berbalik kepada perbualan antara saya dan kakak saya di awal tadi. perbualan tak berhenti disitu..
"..... skrg ni kalau orang tanya akak apa cita-cita, apa nak jawab ye. nak jawab, saya dah capai cita cita saya? kelakarnya." sambung kakak.
saya tidak ingat apa yg kami bualkan selepas tu, tp sy ingat benar persoalan yg kakak sy timbulkan secara tak langsung.
cita cita.
apa makna sebuah cita-cita? apaakah cita cita itu hanya terbatas pada tercapainya impian dalam pekerjaan?
jika kakak saya dahulunya bercita cita ingin menjadi seorang engineer, kini, dengan rahmatNya, dia sudah mencapai cita-citanya. maka selepas ini, apa lagi yang perlu dilakukannya? bukankah cita citanya sudah tercapai?
hati saya tersentuh. terasa betapa kosongnya sebuah matlamat jika dibataskan kepada dunia sahaja. bila sudah sampai tahap yang tertinggi, apabila apa yang selama ini diimpi sudah diperolehi, satu persoalan timbul dari hati. apa yang aku mahu kejar lagi?
are you sure?
namun bagi seorang muslim, cita-citanya melangkaui hakikat dunia. targetnya jauh. matlamatnya tinggi. meski hasrat dunia sudah tercapai, jiwanya masih terlalu rindu dengan cita citanya untuk bertemu tuhanNya, dalam keadaan yang diredhaiNya. dan untuk mencapai cita-citanya itu, gerak kerja tubuh tidak akan terhenti, kerja, tidak pernah ada istilah habis dan tamat. akan senstiasa ada sahaja perkara yang perlu dikejarkan, hinggalah tibanya masa ditetapkan baginya untuk menghembuskan nafas terakhir.
hati seorang muslim yang bercita-cita, mengimani firman Tuhannya:
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu...
Qasas :77
subhanallah, segala puji bagiMu ya Allah, tetapkanlah kami dalam menjadikan Engkau sebagai matlamat tertinggi kami! :)
matching
hari ini, senior senior semester 5 mendapat keputusan matching university. alhamdulillah tahniah, tahniah dan tahniah buat semua atas penerimaan university.!
tinggal satu bulan sahaja untuk bersama dengan kakak kakak sem 5 sebelum semuanya menamatkan pengajian di imu. dulu waktu di intec, tidak lah pula terasa "pemergian" senior, tp bila sudah di imu.. memang agak terasa. sob sob sob....
*erkk dilarang mood sedih2!*
buat para senior, jika kalian mendapat tempat yang kalian pohon, maka panjatkanlah puji dan syukur padaNya kerana telah memakbulkan doa hambaNya. dan jika kalian mendapat tempat bukan seperti yang dipohon, maka tetaplah panjatkan puji dan syukur kepadaNya. kerana sungguh, hanya Dia yang mengetahui apa yang lebih baik, malahan yang TERbaik, buat kalian. :)
ingat, cita-cita kita limitasinya bukan didunia, malahan berpanjangan hingga kesana nanti.
dicampak ke laut, menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi bukit, dicampak ke sahara menjadi oasis! (ok hiperbola disitu :P)
capailah cita cita duniawi yang diimpikan, tetapi usah jadikan ianya sasaran utama dalam hati, kerana kelak kamu akan bersedih hati. :) . .
soal
Jika soalan tadi ditanya semula. "apa cita-cita kamu?"
insyaAllah kali ini, harapnya saya, dan kalian, lebih jelas dengan hala tuju cita cita kita. :)
ayuh kejar impian!
kerana syurga itu, aspirasiku.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia alfajr :28-29.
Dengan NamaMu YaAllah, selayak layak Nama untuk diingati... 16 zulkaedah 1431H
nama folder itu menarik perhatian mata saya. folder yang menyimpan "kisah" . kisah itu. bulan sudah memasuki akhir oktober. bermakna, sudah genap 3 bulan.
folder itu ditatap kembali. baru lebih kurang seminggu yang lalu, ia dibuka semula setelah sekian lama. namun hari ini, folder tersebut tidak saya buka. dan tidak mahu dibuka.
cari
saya membongkok ke bawah meja, mencari sesuatu. aha.. itu dia. senyum kecil. satu rol CD kosong berjenama TDK yang masih belum digunakan.
alhamdulillah. Allah mudahkan urusan saya. :)
pada folder itu, saya right klik, dan... send to E: Data succesfully transfered, and the CD was automatically ejected.
Alhamdulillah, Allah mudahkan lagi urusan saya.
saya tatap lagi folder di skrin lappy. cursor mouse sekali lagi diletakkan padanya, dan right klik ditekan. mata mecari satu perkataan...
perkataan : Delete.
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan saya.
kerja belum selesai disitu. Recycle Bin kemudiannya dibuka. mata masih boleh melihat folder bernama tersebut. dua pilihan diberi kepada saya; samada mahu klik "restore all item" atau... "empty the recycle bin".
diam sebentar.
. . .
sambil hati membisik kalimah bismillahirrahmanirrahim, jari menekan pada option kedua.
empty the recycle bin.
berbaur rasa. seperti ingin mengucapkan tahniah pada diri sendiri. (hehe)
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan saya.
singkat?
3 bulan mungkin dilihat terlalu singkat untuk melupakan jika sebelum ini sy mengatakan sy cukup terkesan dgn kehadirannya. owh ampun, bukan begitu "murah"nya saya, ttp sy perlu berhadapan dengan realiti. sentiasa mencari ruang pembaikan diri. dan saya ambil ini sebagai salah satu caraNya.
terlalu besar harga yang perlu saya bayar untuk memeperolehi makna bergantung kepadaNya. i learnt it the hard, and the rough way. dan alangkah ruginya jika saya mensia siakan segala yang telah dilalui. Saya kira, langkah terakhir dan kemuncak untuk "berjaya" dari didikanNya mengenai perkara ini adalah, mendidik diri untuk....... melepaskan. dan,, itulah yang ingin saya lakukan.
ingin melepaskan, ttp kenapa masih disimpan ? CD itu, bertujuan sbg pemudah cara bagi saya. satu hari nanti, saya berniat untuk menyerahkan kpd siapapun insan yang dipilih kedua ibu bapa saya. Saya merasakan satu amanah untuk memaklumkan apa yang telah saya lalui, secara jujur dan telus, dan, ia dijadikan sebagai satu simbolik bahawa sy menyerahkan segala masa lalu saya kepadanya.
:)
tutup
CD biru TKD berlabel "ini kisahku" disimpan kemas ke dalam laci. perlahan lahan, laci ditutup.
Semoga Allah terus menguatkan hati dan semangat saya. dan menetapkan saya dalam keadaan hati yang terus redha dengan aturanNya.
. . .
kuliah
Nota kuliah semester satu bertajuk Bone dibuka. esok, ada group discussion dengan adik-adik. (a.k.a batchmates)
segala puji bagi Allah yang menghidupkan kita dalam iman.. 21 Syawal 1431H
"u...mi.." saya senyum. pandainya anak (baca: anak saudara) ummi!
bibir kecil itu akhirnya berjaya memanggil saya sebagai "ummi". = ibu ku. usianya kini, satu tahun lapan bulan.
dari awal kaklong 'melarang' anaknya itu memanggil saya dengan panggilan tersebut. cemburu barangkali. he he.. sebelum ni, saya dipanggil 'maksu'. namun akhirnya, kaklong merelakan sahaja lantaran ke"terusan" saya yang tak henti mengajar afham muayyad memanggil saya dengan panggilan ummi.
mengapa?
mengapa saya 'mengada-ngada' meminta afham muayyad memanggil saya ummi?
:)
tiada sebab khusus. hanya kerana saya sukakan panggilan itu. mungkin juga kerana, pada peringkat usia 21 tahun, naluri keibuan saya semakin kuat. (haha ok itu poyo) ingin, (baca: TERingin) menjadi, seorang ibu. :) tambah lagi, saya cukup faham, usia manusia ini pelbagai. ada yang dikurniakan usia yang lanjut, tak kurang juga yang pergi tika usia muda.
saya, tidak tahu samada saya sempat bergelar seorang ibu atau tidak. saya tidak tahu samada saya sempat mendengar dari bibir anak saya sendiri dengan panggilan ummi.
semua itu masih terlalu jauh. masih tiada yang pasti. jadi, dari menanti-nanti, apa lah salahnya kan saya meminta afham muayyad memanggil saya ummi. dapat juga merasai dipanggil dengan nama 'ummi' dari bibir seorang anak kecil, meski, bukan dari anak sendiri. :) perasan jadi ibu pun jaadilah kan? (hehe)
rapat
sebab yang lain adalah, kerana, saya mahu mewujudkan hubungan dan pertalian yang rapat antara saya dan anak anak buah saya. panggilan mempengaruhi sesebuah hubungan. dan mendengar afham muayyad memanggil saya dengan gelaran 'ummi' mbuatkan saya merasa jauh lebih dekat dengannya.
lagi pula, adik beradik saya ni, tidak ramai. hanya tiga orang. kaklong, kakak, dan saya.
katakanlah kaklong akan beranak lima, kakak beranak lima, dan saya juga beranak lima (hehe!) paling paling ramai pun, 15 orang sahaja yang lahir dan akan menyambung keturunan kami.
hmm.. taklah ramai mana. itu pun kalau 5 orang satu keluarga. dengar-dengar cerita, kakak sulung saya sudah menyerah tidak mahu bersalin lagi. kalau begitu, nampaknya dua orang sahajalah hero dari kaklong. huhu.
anyway, kerana keluarga saya keluarga kecil lah. kalau boleh, saya mahu wujudkan suasana yang rapat antara kami semua. anak-anak kaklong, dan anak-anak kakak, ingin saya rasakan seperti anak2 saya. dan saya ingin mereka semua, merasakan saya sebagai ummi mereka.
peranan mendidik, membentuk peribadi, menegur jika ada kesilapan, semuanya mahu saya rasakan sebagai tanggungjawab dan amanah bersama. bukan hendak busy body dengan "urusan keluarga" kakak sendiri, cuma ingin bergerak sebagai satu keluarga. jangan risau, saya tahu dimana limit dan capaian saya. the does and the dont, insyaAllah. :)
beberapa perkara akan terasa lebih mudah dan lancar apabila dari kecil anak-anak buah saya ini memandang saya sebagai ummi mereka, bukan ibu saudara. menerima nasihat dari "ummi" akan lebih mudah diserap dari mendengar nasihat dari "maksu". kan? :)
jarak itu ingin saya dekatkan. musnahkan itu adalah musthahil, rapatkan itu, insyaAllah boleh diusahakan, dengan doa dan praktikalnya.
afham muayyad & affiq muayyad.
:)
sayang dari ummi,
kerana syurga itu, aspirasiku.
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. yunus : 94
Dengan Nama Allah pemilik segala sesuatu 19 ramadhan 1431H
Assalamualaikum. :)
jika ada yang tertanya khabar dari saya (jika ada. heee) maka alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kerana Dia masih menganugerahkan saya nikmat kesihatan, dan, nikmat imaan terutamanya. :) ingin belajar untuk mensyukuri segala nikmat yang diberi daripada melihat "kekurangan" yang diuji atas diri. petua mujarab supaya terus senang hati. *shining eyes*
alhamdulilllah, permohonan cuti dari Dean medical faculty diluluskan. sangat berterima kasih dengan person incharge untuk sesmester satu, Miss Susan yang baik hati dan memberi petolongan dari langkah satu hingga selesai semuanya. terasa Allah permudahkan urusan saya disitu.
sepatutnya saat ini saya sudah berada di bukit jalil. namun atas sebab tertentu, saya memohon cuti. prosedure yang sebetulnya cuba diikuti, lantaran ini adalah repat year saya. skip PBL dan session2 wajib akan saangat memburukkan rekod saya. nanti di label sebagai pelajar tak kenang dek untung pula kan? sudahlah repeat year, lepas tu nak ponteng banyak kali pula? memang sungguh tak ingat diri. (wanauzubillah.)
ini, pengalaman pertama kali menulis surat kepada Dean. sudahlah saya dah lama tinggalkan arena penulisan rasmi. terutama dalam bahasa inggeris.! buku rujukan karangan spm sudah lama disedekahkan, but hey.. teringat kepada kawan baik yang setia... pakcik google. :) tak berlengah, cepat cepat tanya pakcik google .. "leave application letter". instantly, pakcik google beri jawapan. saya copy, saya paste. edit sikit ayat here and there dan.... siap surat rasmi! ( upss.. plagarisme...) apapun alhamdulillah, Prof JPJ berbaik hati meluluskannya. *lega* terima kasih prof!! :D
insyaAllah, saya akan kembali ke bukit jalil selepas cuti raya, yakni, dalam 3 minggu lagi. (whoa!)
nak tahu? ketika ini, apabila saya memandang ke belakang, saya dapat lihat betapa cantiknya perancangan Allah yang telah disusun untuk saya. erm, cantik in the sense of, semuanya ada sebab. bak kata seorang tokoh (wic i forgot whom) pada satu ketika itu, apabila kita mengimbas kembali kehidupan kita, kita dapat lihat setiap titik titik peristiwa yang berlaku dalam perjalanan hidup kita, akan bersambung antara satu sama lain, mewujudkan garisan dan rantaian yang terhubung. setiap satunya tidak terpisah. berkait, dan memerlukan. yang kini, memerlukan yang dahulu untuk wujud. yang dahulu, menentukan yang kini. faham ke apa yang saya cakap ni? =) apepun, saya berharap, titik titik yang bakal saya lakarkan dalam kehidupan saya mendatang ini, akan menyambungkan garisan yang pada titik terakhirnya, menghasilkan lukisan yang punyai makna. buat saya, dan juga buat mereka yang pernah berada dalam kehidupan saya. allahumma amien...
dot-to-dot. sambungan garisan yg akhirnya membentuk si rama rama. :)
hmm..baiklah. cukup mengenai perkembangan terkini diri saya. insyaAllah post berikutnya akan menyusul.
jumpa lagi,
kerana syurga itu, aspirasiku.
bisik: - dalam kepala nak cerita fasal badar yang menakjubkan. -saaangat rindu untuk kembali ke imu. banyak aktiviti yang dah terlepas. hm..
Segala puji dan syukur.. atas nikmat keamanan.. 8 ramadhan 1431H
pernah dengar Mat Jo? :D ape tu.. bunyi macam nama keropok crisps je kan.. tora tora. hehe..
no no no.. bukan adik beradik joe jambul...~~ :) ramadhan Mat Jo : satu siri animasi sempena ramadhan..
sejujurnya, pertama kali saya tonton, rasa macam nak ketawa guling-guling. (ini sarcastic okey bukan puji) terutama lagu tema pada permulaan cerita,
"ni cerita ape ni cik anum? kenapa nasyid die pelik sangat. bingintnye telinga ijjlal dengar." sy ty kepada cik anum yg kebetulan ada disebelah sy. pada mulanya saya ingatkan siaran nasyid kerana lagunya ala-ala nasyid gitu. "entah.. cik pun tak pernah tengok.."
kartun dah boleh tahan dah... tinggal suaranya tu... kualiti suara untuk karektor yang sounds "plastic", guna suara orang dewasa yang dikecikkan untuk menjadi suara anak permpuan kecil. tak comel lah suaranya jadinya..
sudahlah ada adegen mat dan jo gelek gerudi antara setiap iklan. apa motifnya pun saya sendiri tak faham. seronok sangat ramadhan agaknya..
dalam hati dapat rasa, ini mesti nak lawan upin ipin. but sayang, memang tidak mampu menandingi siri animasi upin ipin...
nanti!
opp! chup! sabar dulu.. itu, komen saya untuk "pertemuan" pertama saya dengannya. saya ada sebut yang saya ni judgemental orangnya kan. untunglah meski sy ni suka menilai, tp sy bukan jenis yg suka terbawa2 dengan penilaian pertama. Mat Jo tidak terus ditolak. sy pun tak tahu kenapa. ada sesuatu dalam Mat Jo yang menarik hati saya, meskipun saya kata kualiti suara dan lagu adalah agak mengkelakarkan. dalam pada mulut bising komen itu ini, mata, telinga dan jasad setia menonton Mat Jo hingga tamat 30 minit siarannya.
hmm... boleh tahan jugak lah mat jo ni. bisik hati. :)
ironi
ironinya, hari esoknya, tahu tahu sahaja, saya sudah menunggu di depan tv. jam 9.30 pagi, channel 101 saya tekan. dan ya! ramadhan mat jo dah mula! lagu permulaan yang agak menjengkelkan tetap saya dengar. dalam banyak2 lirik tu, part "mat Jo! mat jo!" yang akan saya sambut dan turut menyanyi. :P mat jo! mat jo! haha..
dan sedar tak sedar, setakat ini , sudah tiga hari berturut-turut saya menanti jam 9.30 pagi dan bersama mat, jo abang lamin dan kawan-kawan.
berat
bagi saya, yang dah pun berumur 21 tahun ni.. *erk* pengisian Mat Jo tidaklah seringan upin ipin. boleh saya katakan agak sarat dengan mesej, kisah dan teladan. diselitkan kisah-kisah para sahabat, dan hadith rasulullah. cuma dalam hal ni, sangat berharap agar penerbit animasi berkenaan teliti dan prihatin dengan kesahihan kisah dan hadith yang disertakan dalam cerita-cerita. bahasa yang digunakan pun sebenarnya agak tinggi jika hendak dibandingkan dengan usia mat, jo dan kawan-kawan yang saya jangka dalam linkungan 8-9 tahun.
dalam tiga hari siri mat jo yang sy ikuti, saya ingat hadith "dunia adalah penjara bagi mukmin, dan syugra bagi kafirun" (ye! sprt yang ditulis dalam posting sebelum2 ni. :P ) saya ingat kisah perbualan antara cucu rasulullah dengan seorang pengemis yahudi. saya ingat diceritakan bhw diakhirat nanti ketika orang ramai mencari2 "wajah Allah", namun bg seorang wanita solehah, Allah yang akan datang kepadanya.. sy ingat kisah wanita pertama yang akan memasuki syurga lantaran ketaatan tak terperi kepada si suami. boleh kata, banyak juga yang saya dapat dari mat jo..!
kalau upin dan ipin dulu targetnya lebih kepada mesej ringkas, mat jo pula pengisiannya agak matang sy akui, mmg sangat mudah untuk jatuh sayang dengan upin dan ipin. mereka catchy dan fresh. berbeza dengan ramadhan mat jo yang .... (dah komen tadi kan?) but then again, bila dah lama lama tengok, best pula jadinya. jadi memang saya sarankan untuk kalian cuba tengok apepun satu usaha yang bagus. at least lebih baik jika hendak dibandingkan dengan siri animasi tempatan lain yang agak mendukacitakan. .... (sangat)
hari ni
hari ini, entah macamana, sy tidak sedar, jam sudah melangkaui 9.45 pagi. mata sedikit membulat, mulut pun turut sama tahan muncung. "cik anum! ijjlal lupa mat jo!!" saya memandang cik anum. "a'aah lah ijjlal! cik pun terlupe!" cik anum membalas. tiga hari sebelum ni, saya dan cik anum memang sama-sama menghadap mat jo. bertuah betul kan? :P
alat kawalan jauh astro cepat2 dicapai. 101 ditekan. dan.. 15 minit yang berbaki dinikmati.
15 minit pun.... 15 minit lah.
30
hari ni 8 ramadhan. ada lagi 22 episod menanti. theres more to discover! lepas ni, kalian dah tahu la dimana nak cari saya jam 9.30 pg setiap hari. he! he!
lagu pelik yg sy maksudkan tu start pd minit 1:26 (take note bhgian mat jo yg sy sambut :P )
Segala puji kepada Allah, penghembus segala kekuatan 29 sya'aban 1431H
Alhamdulillah, sesi perkongsian bersama adik adik pmr dan spm selesai, dua hari lalu.
(slide pertama sy. mesti cakap comel. tau!)
pada awalnya, saya seperti ragu ragu untuk menerima jemputan guru kaunselor, lantaran keadaan diri yang masih separuh lemah separuh kuat. namun, sy kuatkan juga. sampai bila mahu "manjakan" diri. sampai bila mahu "kesiankan" diri, yekan?
sesi yg diadakan hanyalah satu sesi sederhana. insyaAllah sy merancang untuk berkongsi satu dua video klip yg sy turut kongsikan kpd adik adik, dalam posting akan datang. banyak masa yg diambil untuk mencari video yg sesuai untuk dikongsikan.. ditambah lagi dengan dugaan lappy sy yang merangkak seperti kura kura.
sejujurnya, sy segan lantaran status pelajaran sy yang... (huhu) tp, mereka tak perlu tahu semua itu. kalau tak diberitahu, mereka takkan tahu. ;)
bukan mudah
bukan mudah untuk membuatkan satu satu perkongsian itu menarik, saya pula sudah "terbiasa" menyampaikan sesuatu dgn penyampaian profesional. dan lazimnya "pendengar" saya adalah juga dari golongan mereka yang boleh faham.
berbeza dengan adik adik saya ini, yang datang dari latar belakang yang, sederhana. adik adik perempuan, baik2 sahaja. tang adik adik lelaki ni lah... hehe.. typical lelaki yg baik2 nakal. sy perlu tahu cara bergurau, perlu pandai usik, perlu pancing. which, of course, are among the things that i am lack of. huhu..
sy sendiri tidak pasti sejauh mana mereka beroleh manfaat dari perkongsian kecil sy itu, kalau tak banyak yg mereka peroleh, sedikit pun jadilah. saya mahu mereka tahu bahawa ada dunia yang jauh lebih besar daripada dunia sekolah. ada sesuatu yang jauh lebih penting dari hanya sekadar bermain dan bercanda.
ironi
dalam pada sy yg seharusnya memotivasikan mereka, sy pula yang termotivasi. dalam pada sy yg diminta utk memberikan semangat kpd mereka, sy pula yg tersemangat. subhanallah...
berinteraksi dengan manusia adalah antara terapi paling mujarab buat saya. (selain bermesra dengan alam. ) saya suka bersama dengan adik adik. makcik makcik. nenek nenek. walau sy ni bukanlah orang yang cepat mesra, "diam", namun sungguh sy tidak dapat menafikan betapa sy amat senang dalam satu satu perkara yang melibatkan berinteraksi.
dan benarlah kata orang, kita akan perolehi, apa yg kita beri. :)
sembang santai,
kerana syurga itu, aspirasiku.
dan Kami cabut rasa dendam dari dalam dada mereka, dibawahnya mengalir sungai sungai.... al:a'raf :43