motivation is her make up

2012:
continue to smile. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

2011:

smiles. Alhamdulillah. The rough journey of 2010 had made her the person she is today.
Nobody knows what the following 365 days would offer to her, but one things for sure, she will try her best not to trip twice, walk every single step with a much more positive attitude, a big huuge heart & believes that she have the most Mightiest, The Most Intelligent, The most Delicate Force with her; Allah Azzawajal. :)

Thursday, November 11, 2010

a doa


Dengan Nama Allah, yang padaNya segala kemuliaan..
4 zulhijjah 1431H


bertarung

waktu ini, senior-senior semester 5 sedang bertarung dengan emosi dan mental.
esok, merupakan hari peperiksan summative 5, dan selang dua minggu kemudiannya, peperiksaan end of semester 5, penutup segala peperiksaan setelah 2 tahun setengah menuntut di IMU.

sahabat-sahabat m209 pula bertungkus lumus bersedia untuk menghadapi summative khamis minggu hadapan..

dan dalam waktu ini juga, adik adik saya di tingkatan 5, sedang bertarung dan bersiap sedia dengan emosi dan mental.
kurang 2 minggu lagi, bermulalah medan pertempuran SPM...
juga sebagai penutup daripada 5 tahun alam persekolahan menengah.

(saya? alhamdulillah masih selesa dengan perjalanan semester satu. hehe..)


masing masing dengan perjuangan masing masing.
jalan yang berbeza, tetapi dengan hasrat yang sama,
yakni, untuk berjaya.


pesanan

buat para seniors m208,
para sahabat m209 terutamanya housemates,
dan buat sepupu sepupu saya; banglang, ayong, tak lupa juga buat adik ilysa fatin,

ingat pesanan saya yang satu ini.
ya.. mungkin, pada zahirnya, kalian akan merasa seolah-olah kalian melangkah ke dewan peperiksaan seorang diri.
menghadapi tiap satu tanpa bantuan sesiapa.
namun ketahuilah.
kalian, tidak bersendirian.

melangkahnya kalian ke dewan peperiksaan itu,
dibekalkan dengan ilmu yang telah kalian usaha untuk perolehinya sejak sekian lama dahulu..
berjam jam waktu yang telah dihabiskan semata-mata untuk menemui hari yang bakal kalian lalui tidak lama lagi.
dan yang paling istimewanya, kalian bersama dengan himpunan doa-doa dari orang-orang yang mengambil berat tentang kalian.

kalian melangkah masuk,
membawa doa keberkatan dari kedua ibu bapa kalian..

doa kerahmatan dari abang, kakak serta adik-adik kalian..
doa kejayaan dari sahabat-sahabat kalian..
doa dari insan insan yang secara diam tidak pernah jemu memohon kesejahteraan kehidupan kalian...

maka ingatlah, kalian TIDAK BERSENDIRIAN! :)


hadiah


dan ini pula, adalah hadiah dari saya ... :)
sekeping nota yang ditulis tangan.
*ok, this is sooo digital.... maaf, kalau mahu beri secara personal takut ada pula yang terasa hati if tak dapat...kan...*



hadiah ini hakikatnya bukanlah datang dari saya sepenuhnya,
cuma satu doa dari kalam suciNya yang dititipkan buat langkah langkah kalian,
khususnya dalam minggu minggu yang mendatang..

:)

.
.
.
.

kalian, telah berusaha.
dan semoga setiap usaha itu terserlah keberkatannya..

kalian masuk... dengan mulia,
dan keluar... dengan mulia,
serta semoga, mendapat pertolongan dariNya..

bittaufiq, wannajah..



"..... mumtaz, sebagai manifestasi hambaNya yang cemerlang!"


doa dari saya sentiasa,
kerana syurga itu, aspirasiku.

3 comments:

  1. jazakillahukhair ya ukhti =)

    an eye opener for me...
    sangat benar,kadangkala kita lupa bahawa ramai orang menitipkan doa untuk menemani kita dalam medan perjuangan yang Allah tetapkan untuk kita...

    ReplyDelete
  2. kak jah, kak aimi;

    smga terus semangat! :)

    ReplyDelete