motivation is her make up

2012:
continue to smile. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

2011:

smiles. Alhamdulillah. The rough journey of 2010 had made her the person she is today.
Nobody knows what the following 365 days would offer to her, but one things for sure, she will try her best not to trip twice, walk every single step with a much more positive attitude, a big huuge heart & believes that she have the most Mightiest, The Most Intelligent, The most Delicate Force with her; Allah Azzawajal. :)

Friday, October 29, 2010

cita-cita

Segala Puji Bagi Allah, pengatur segala tetapan..
21 Zulkaedah 1431H



"kelakar lah."
"kelakar kenapanya?" tanya saya.
"dulu masa kecik-kecik, bila orang tanya nak jadi apa, boleh jawab nak jadi engineer.
sekrang ni... after years and years, akhirnya dapat jadi engineer. macam kelakar je..."


alhamdulillah, kakak kedua saya yang selama ini merantau ke perancis untuk menuntut ilmu sudah selamat menghabiskan 7 tahun pengajiannya disana,
dengan memperolehi pangkat master.
master kejuruteraan hidrolik.

engineer of the family on graduation day.
anak dara kene blurrkan wajah. kalau dah kahwin xpe. :D

konvo

beberapa minggu lalu, ayahanda dan bonda ke perancis bagi menyaksikan upacara konvokesyen kakak.

sudah alang alang ke perancis, terus meneroka bumi eropah sebaik mungkin.
rancangan asalnya mahu meneroka sepanyol dan menjejak andalusia, namun segalanya tergendala dek tunjuk perasaan warga perancis atas isu pencen yang dinaikkan hingga 65 tahun. (wic is melampau juga sbnrnya.. ada pula pencen 65 tahun... siapa yang larat..?)
habis lumpuh segala aktiviti sekitar perancis.

ayahanda dan bonda tidak dapat ke luar perancis lantaran tiada siapa yang mahu bekerja.
but matter not, pelan B masih ada.. apa lagi, jalan jalan perancis lah!



eh.. sy bukan mahu bercerita mengenai perjalanan mereka di perancis
kerana saya tidak tahu apa-apa mengenainya.
almaklumlah... orang kena tinggal kan... he..he...

bual

berbalik kepada perbualan antara saya dan kakak saya di awal tadi.
perbualan tak berhenti disitu..

"..... skrg ni kalau orang tanya akak apa cita-cita, apa nak jawab ye.
nak jawab, saya dah capai cita cita saya? kelakarnya."
sambung kakak.

saya tidak ingat apa yg kami bualkan selepas tu, tp sy ingat benar persoalan yg kakak sy timbulkan secara tak langsung.

cita cita.

apa makna sebuah cita-cita?
apaakah cita cita itu hanya terbatas pada tercapainya impian dalam pekerjaan?

jika kakak saya dahulunya bercita cita ingin menjadi seorang engineer,
kini, dengan rahmatNya, dia sudah mencapai cita-citanya.
maka selepas ini, apa lagi yang perlu dilakukannya?
bukankah cita citanya sudah tercapai?

hati saya tersentuh.
terasa betapa kosongnya sebuah matlamat jika dibataskan kepada dunia sahaja.
bila sudah sampai tahap yang tertinggi, apabila apa yang selama ini diimpi sudah diperolehi,
satu persoalan timbul dari hati. apa yang aku mahu kejar lagi?

are you sure?

namun bagi seorang muslim, cita-citanya melangkaui hakikat dunia.
targetnya jauh. matlamatnya tinggi.
meski hasrat dunia sudah tercapai, jiwanya masih terlalu rindu dengan cita citanya untuk bertemu tuhanNya, dalam keadaan yang diredhaiNya.
dan untuk mencapai cita-citanya itu, gerak kerja tubuh tidak akan terhenti,
kerja, tidak pernah ada istilah habis dan tamat.
akan senstiasa ada sahaja perkara yang perlu dikejarkan, hinggalah tibanya masa ditetapkan baginya untuk menghembuskan nafas terakhir.

hati seorang muslim yang bercita-cita, mengimani firman Tuhannya:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu...
Qasas :77

subhanallah, segala puji bagiMu ya Allah,
tetapkanlah kami dalam menjadikan Engkau sebagai matlamat tertinggi kami! :)

matching

hari ini, senior senior semester 5 mendapat keputusan matching university.
alhamdulillah tahniah, tahniah dan tahniah buat semua atas penerimaan university.!

tinggal satu bulan sahaja untuk bersama dengan kakak kakak sem 5 sebelum semuanya menamatkan pengajian di imu.
dulu waktu di intec, tidak lah pula terasa "pemergian" senior,
tp bila sudah di imu.. memang agak terasa. sob sob sob....

*erkk dilarang mood sedih2!*

buat para senior,
jika kalian mendapat tempat yang kalian pohon,
maka panjatkanlah puji dan syukur padaNya kerana telah memakbulkan doa hambaNya.
dan jika kalian mendapat tempat bukan seperti yang dipohon,
maka tetaplah panjatkan puji dan syukur kepadaNya.
kerana sungguh, hanya Dia yang mengetahui apa yang lebih baik, malahan yang TERbaik, buat kalian. :)

ingat, cita-cita kita limitasinya bukan didunia, malahan berpanjangan hingga kesana nanti.

saya percaya kalian adalah benih benih istimewa.
benih benih kuat, benih benih hebat!

dicampak ke laut, menjadi pulau,
dicampak ke darat menjadi bukit,
dicampak ke sahara menjadi oasis!
(ok hiperbola disitu :P)

capailah cita cita duniawi yang diimpikan, tetapi usah jadikan ianya sasaran utama dalam hati, kerana kelak kamu akan bersedih hati. :)
.
.

soal

Jika soalan tadi ditanya semula.
"apa cita-cita kamu?"

insyaAllah kali ini,
harapnya saya, dan kalian, lebih jelas dengan hala tuju cita cita kita. :)


ayuh kejar impian!
kerana syurga itu, aspirasiku.


Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati
(dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
alfajr :28-29.

3 comments:

  1. jazakillahukhair ijj'lal dear~

    dulu bila baru baru masuk imu...
    xterfikir langsung akan sedih bila nak meninggalkan imu..

    sekarang bila fikir je tinggal lagi sedikit waktu di imu,mula nak bergenang air mata ni...

    Ya Allah,bantu diriku memanfaatkan masa bersama ahbt2 dan adik2 junior imu dgn sebaik mungkin~

    ReplyDelete