nama folder itu menarik perhatian mata saya.
folder yang menyimpan "kisah" . kisah itu.
bulan sudah memasuki akhir oktober.
bermakna, sudah genap 3 bulan.
folder itu ditatap kembali.
baru lebih kurang seminggu yang lalu, ia dibuka semula setelah sekian lama.
namun hari ini, folder tersebut tidak saya buka.
dan tidak mahu dibuka.
cari
saya membongkok ke bawah meja, mencari sesuatu.
aha.. itu dia. senyum kecil.
satu rol CD kosong berjenama TDK yang masih belum digunakan.
alhamdulillah. Allah mudahkan urusan saya. :)
pada folder itu, saya right klik, dan... send to E:
Data succesfully transfered, and the CD was automatically ejected.
Alhamdulillah, Allah mudahkan lagi urusan saya.
saya tatap lagi folder di skrin lappy.
cursor mouse sekali lagi diletakkan padanya, dan right klik ditekan.
mata mecari satu perkataan...
perkataan : Delete.
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan saya.
kerja belum selesai disitu.
Recycle Bin kemudiannya dibuka.
mata masih boleh melihat folder bernama tersebut.
dua pilihan diberi kepada saya;
samada mahu klik
"restore all item" atau... "empty the recycle bin".
diam sebentar.
.
.
.
sambil hati membisik kalimah bismillahirrahmanirrahim,
jari menekan pada option kedua.
empty the recycle bin.
berbaur rasa.
seperti ingin mengucapkan tahniah pada diri sendiri. (hehe)
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan saya.
singkat?
3 bulan mungkin dilihat terlalu singkat untuk melupakan jika sebelum ini sy mengatakan sy cukup terkesan dgn kehadirannya.
owh ampun, bukan begitu "murah"nya saya, ttp sy perlu berhadapan dengan realiti.
sentiasa mencari ruang pembaikan diri. dan saya ambil ini sebagai salah satu caraNya.
terlalu besar harga yang perlu saya bayar untuk memeperolehi makna bergantung kepadaNya.
i learnt it the hard, and the rough way. dan alangkah ruginya jika saya mensia siakan segala yang telah dilalui.
Saya kira, langkah terakhir dan kemuncak untuk "berjaya" dari didikanNya mengenai perkara ini adalah, mendidik diri untuk....... melepaskan.
dan,, itulah yang ingin saya lakukan.
ingin melepaskan, ttp kenapa masih disimpan ?
CD itu, bertujuan sbg pemudah cara bagi saya.
satu hari nanti, saya berniat untuk menyerahkan kpd siapapun insan yang dipilih kedua ibu bapa saya.
Saya merasakan satu amanah untuk memaklumkan apa yang telah saya lalui, secara jujur dan telus, dan, ia dijadikan sebagai satu simbolik bahawa sy menyerahkan segala masa lalu saya kepadanya.
:)
tutup
CD biru TKD berlabel "ini kisahku" disimpan kemas ke dalam laci.
perlahan lahan, laci ditutup.
Semoga Allah terus menguatkan hati dan semangat saya.
dan menetapkan saya dalam keadaan hati yang terus redha dengan aturanNya.
.
.
.
kuliah
Nota kuliah semester satu bertajuk Bone dibuka.
esok, ada group discussion dengan adik-adik. (a.k.a batchmates)
jom fokus dalam belajar.! =)
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya.
kerana syurga itu, aspirasiku.
No comments:
Post a Comment