segala puji bagi Allah yang menghidupkan kita dalam iman..
21 Syawal 1431H
"u...mi.."
saya senyum. pandainya anak (baca: anak saudara) ummi!
usianya kini, satu tahun lapan bulan.
dari awal kaklong 'melarang' anaknya itu memanggil saya dengan panggilan tersebut.
cemburu barangkali. he he..
sebelum ni, saya dipanggil 'maksu'.
namun akhirnya, kaklong merelakan sahaja lantaran ke"terusan" saya yang tak henti mengajar afham muayyad memanggil saya dengan panggilan ummi.
mengapa?
mengapa saya 'mengada-ngada' meminta afham muayyad memanggil saya ummi?
:)
tiada sebab khusus. hanya kerana saya sukakan panggilan itu.
mungkin juga kerana, pada peringkat usia 21 tahun, naluri keibuan saya semakin kuat.
(haha ok itu poyo)
ingin, (baca: TERingin) menjadi, seorang ibu. :)
tambah lagi, saya cukup faham, usia manusia ini pelbagai.
ada yang dikurniakan usia yang lanjut, tak kurang juga yang pergi tika usia muda.
saya, tidak tahu samada saya sempat bergelar seorang ibu atau tidak.
saya tidak tahu samada saya sempat mendengar dari bibir anak saya sendiri dengan panggilan ummi.
semua itu masih terlalu jauh. masih tiada yang pasti.
jadi, dari menanti-nanti, apa lah salahnya kan saya meminta afham muayyad memanggil saya ummi.
dapat juga merasai dipanggil dengan nama 'ummi' dari bibir seorang anak kecil, meski, bukan dari anak sendiri. :)
perasan jadi ibu pun jaadilah kan? (hehe)
rapat
sebab yang lain adalah, kerana, saya mahu mewujudkan hubungan dan pertalian yang rapat antara saya dan anak anak buah saya.
panggilan mempengaruhi sesebuah hubungan.
dan mendengar afham muayyad memanggil saya dengan gelaran 'ummi' mbuatkan saya merasa jauh lebih dekat dengannya.
lagi pula, adik beradik saya ni, tidak ramai.
hanya tiga orang. kaklong, kakak, dan saya.
katakanlah kaklong akan beranak lima, kakak beranak lima, dan saya juga beranak lima (hehe!)
paling paling ramai pun, 15 orang sahaja yang lahir dan akan menyambung keturunan kami.
hmm.. taklah ramai mana. itu pun kalau 5 orang satu keluarga.
dengar-dengar cerita, kakak sulung saya sudah menyerah tidak mahu bersalin lagi.
kalau begitu, nampaknya dua orang sahajalah hero dari kaklong. huhu.
anyway, kerana keluarga saya keluarga kecil lah.
kalau boleh, saya mahu wujudkan suasana yang rapat antara kami semua.
anak-anak kaklong, dan anak-anak kakak, ingin saya rasakan seperti anak2 saya.
dan saya ingin mereka semua, merasakan saya sebagai ummi mereka.
peranan mendidik, membentuk peribadi, menegur jika ada kesilapan, semuanya mahu saya rasakan sebagai tanggungjawab dan amanah bersama.
bukan hendak busy body dengan "urusan keluarga" kakak sendiri,
cuma ingin bergerak sebagai satu keluarga.
jangan risau, saya tahu dimana limit dan capaian saya. the does and the dont, insyaAllah. :)
beberapa perkara akan terasa lebih mudah dan lancar apabila dari kecil anak-anak buah saya ini memandang saya sebagai ummi mereka, bukan ibu saudara.
menerima nasihat dari "ummi" akan lebih mudah diserap dari mendengar nasihat dari "maksu". kan? :)
jarak itu ingin saya dekatkan.
musnahkan itu adalah musthahil, rapatkan itu, insyaAllah boleh diusahakan, dengan doa dan praktikalnya.
afham muayyad & affiq muayyad.
:)
sayang dari ummi,
:)
sayang dari ummi,
kerana syurga itu, aspirasiku.
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap,
dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal;
dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar
dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
yunus : 94
dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal;
dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar
dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
yunus : 94
No comments:
Post a Comment