segala puji bagi Allah, yang padaNya segala rezeki.
29 ramadhan 1431H
ketika ini (11.26pm) mata sudah kembali segar bugar.
cuba paksa lena, enggan tidur lewat khuatir liat bangun pagi, namun gagal.
habislah bonda letih mengejutkan saya pagi esok.
sejam setengah yang lalu, mata saya hampir tertutup rapat.
kepala tersengguk sengguk,
tangan sedaya upaya untuk menongkat dagu agar badan tidak tersembam terus di atas tikar sejadah.
waktu sesi tazkirah antara solat tarawikh adalah waktu kemuncak rasa mengantuk. (sejak beberapa hari ni... sy pun x tahu kenapa asyik mengantuk..)
tapi bila sambung semula tarawikh, badan terasa segar. sangat segar. hingga sekarang.
tambah lagi moreh pekena dua ketul kek lapis, pulang rumah jamah lagi kuih karipap yang belum diusik waktu berbuka sebelumnya.
allahuakabar...
sebab tu lah saya boleh duduk menulis di sini. ;)
cepat
29 ramadhan., malam ini, malam 29 ramadhan.
pantas benar masa berlalu. (ya sy tahu ini pernyataan typical)
ada baki dua hari untuk berpuasa, dan hanya satu malam tinggal untuk bertaraweekh..
... sedih.
sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui apa yang berada dalam fikiran dan niat hamba2Nya..
eid fitr.
percaya atau tidak, saya baru faham konsep sebenar edul fitr.
apa yang dimaksudkan dengan kembali kepada fitrah.
eidul fitr; adalah hari perayaan fitrah.
ada apa dengan fitrah manusia?
manusia itu; fitrahnya suci dari dosa. bersih.
manusia itu; fitrahnya mahu kembali dan dekat dengan Tuhannya.
dan eidul fitr, meraikan fitrah kesucian diri dan kembalinya seorang hamba kepada tuhannya.
buat hamba hambaNya yang beriman, setelah melalui 30 hari pesta pengampunan ramadhan..
renung
saya merenung dan menyoal diri saya kembali.
eid fitr adalah untuk orang yang kembali kepada fitrahnya yang suci tak berdosa.
eid fitr adalah khas buat mereka yang telah berhabis habisan menghidupkan ramadhan bersama Tuhannya.
dan saya...... bagaimana?
apa, sudahkah saya dengan penuh tulus memohon ampunan dariNya?
adakah malam malam ramadhan saya dihidupkan dengan berdua denganNya?
tadarus dan tadabur yang sederhana, qiyamulail yang sekejap semangat sekejap biasa-biasa.
tasbih, tahmid, istighfar, serta doa, hanya meniti dihati dan bibir tatkala teringat. dan dukacita dimaklumkan, kekerapan saya ingat itu adalah sangat sedikit..
dan, selepas semua "usaha" ini, (usaha lah sgt...)
dalam 2 hari akan datang, saya, akan, dan "ingin" meraikan perayaan kembalinya saya kepada fitrah suci tidak berdosa, ?
Allah................
apakah pantas sy meraikannya...
celaka!
teringat saya akan sabda rasulullah diatas.
Celakalah, bagi mereka yang tidak diampunkan dosanya oleh Allah.
orang yang berpuasa, tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga...
orang yang berpuasa, tetapi tertipu dengan amal puasanya...
Celakalah. Celakalah.!
bagi mereka yang tidak mendapat keampunan dari tuhannya.
.
.
.
.
.
.
AllahuAllah...
Pengampunanmu melebihi dosa-dosaku..
dan sungguh, Kasih sayang dan simpatiMu melebihi rayuanku...
walau hamba sedar tak banyak yang telah hamba lakukan dalam memohon pengampunan dan rahmatMu, namun hamba enggan tergolong dalam golongan orang-orang yang celaka..
selamatkan hamba,
dari kerugian, dan kecelekaan orang-orang yang tertipu dengan amalannya..
.
.
.
.
iklan
iklan rancangan tv sempena syawal sudah mula bersiaran.
as expected : konsert, konsert, lagu, menyanyi.
satu pun tiada langsung slot yang berbentuk kerohanian.
satu hari yang sepatutnya meraikan fitrah suci dr dosa,
telah dimulakan dengan ledakan konsert dan hamburan hiburan yang selama 30 hari yang lalu diam membisu.
nampaknya eidulfitr adalah hari untuk meraikan manusia jauh dari fitrah.
bukan kembali kepada fitrah.
semoga saya dan kamu,
cukup bijak untuk menterjemahkan eidulfitri dalam definisi yang sebenarnya.
dan semoga Allah menerima amalan kita.

‘Celakalah seseorang yang masuk bulan Ramadhan,
tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah"
bukhari

kerana syurga itu, aspirasiku.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan)
seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?
baqarah : 214

No comments:
Post a Comment