motivation is her make up

2012:
continue to smile. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

2011:

smiles. Alhamdulillah. The rough journey of 2010 had made her the person she is today.
Nobody knows what the following 365 days would offer to her, but one things for sure, she will try her best not to trip twice, walk every single step with a much more positive attitude, a big huuge heart & believes that she have the most Mightiest, The Most Intelligent, The most Delicate Force with her; Allah Azzawajal. :)

Friday, September 3, 2010

kerana kodak


segala puji bagi Allah yang menganugerahkan kita dgn islam..
24 ramadhan 1431H

pertama sekali saya "musykil" dengan status aurat wanita dalam gambar adalah ketika kakak sulung saya berada di institusi pengajian tinggi awam di sabah.
waktu tu, zaman kamera filem. kamera kodak orang kata.
alaah.. ingat lagi kan?


kamera yang memrlukan filem, dan perlu hantar ke kedai untuk dicuci oleh uncle cina. ;)
waktu tu seronok, sebab menanti2 hasil gambar yang dah diambil. elok ke.. tak elok ke..
comel ke tak comel ke.. hehe..
anyways, bebrbalik pada prk pada ayat pertama.

ada satu album tu, album meraikan ulang tahun kelahirannya dan kawan
yang disambut di asrama kediamannya di labuan.
maklum sahajalah bagaimana sambutannya.
dengan adegan simbah air, tabur tepung senyum senyum, calit krim kek sini sana.
dan.. semestinya, dalam keadaan, tidak menutup aurat, yakni tidak bertudung dan memakai baju berlengan pendek...

uncle

"takpe ke bagi uncle cina tu tengok gambar ni?" tanya saya
(sy rasa sy ty macam tu laa.. dah tak ingat lah laama sgt)
"nak buat macam mana.. xpe.. lgpun uncle tu bukannya kenal sape pun" jawabnya.
"oo.. hmmm" sy tidak membantah. mengiyakan sahaja.


nak tengok!

dah nama cuci gambar, mestilah excited.
semua orang nak tengok. dan ada satu ketikanya, saya masih ingat, ayahanda saya turut sama melihat gambar2 di dalam album trsebut.

"ee babah mana boleh tengok gambar ni. orang tak pakai tudung laa" kata saya.
"ala.. babah tak kenal pun sape dalam tu.." sy tak ingat siapa yang memberi saya jawapan tu, tp sy mmg pasti soalan sy dijawab dgn jawapan sedemikian.. (yg ni mmg sy ingat betul)
walau waktu tu sy merasa sedikit pelik, tapi saya mengiyakan , dan membiarkan sahaja,
lantaran barangkali pemahaman saya yang masih cetek, dan kedudukan sy sebagai si adik bongsu kecil yang "tak tahu apa-apa".

satu

dalam ramai2 gadis dalam gambar tersebut, ada seorang sahabat kakak saya yang lain dari yang lain. beliau memakai tudung.
hanya beliau seorang yang memakai tudung dan menjaga aurat dalam setiap keping gambar. sekalipun waktu itu memakai lengan pendek, ttp lengannya tidak kelihatan lantaran disorokkan dibalik tudungnya.
"siapa ni kaklong? kenapa kakak ni pakai tudung dalam rumah?"
"ooh.. kawan kaklong ni, mmg jaga.. kalau ambil gambar dia mesti pakai tudung, walaupun dalam rumah "
'bagusnye..' bisik saya dalam hati.
.
.
.
.
.
hmm.. betulke xpe laki2 tengok kalau tak kenal..?

BTN

persoalan sy itu terbiar begitu sahaja.
dan sy sendiri pun tidak begitu mengambil perhatian akan kemusykilan yg sy timbulkan.
terkubur.. dan,, terlupa sahaja.

namun selupa mana pun, ia tersimpan dalam kotak ingatan sy, dan entah macamana terkeluar semula semuanya bilamana sy mula sensitif dengan isu aurat dan kehormatan wanita.

peristiwa kedua, berbeza sedikit dgn keadaan peristiwa pertama. tidak melibatkan mana2 apek cina malah, lebih teruk mungkin..?

peristiwa yg benar2 membuatkan sy berfikir akan kepentingan menjaga aurat dalam gambar, hatta gambar itu diambil sesama permpuan dan oleh rakan permpuan kita sendiri, adalah apabila saya melihat satu album gambar di friendster.


dahulu, sebelum wujudnya facebook, saya juga pelanggan friendster. ;)
dan saya juga dulu rajin menjadi stalker. (haha pecah rahsia)
album gambar tersebut adalah milik seorang senior a level medicine batch 7, (tua setahun dari saya)
saya tidak ingat siapa, mahupun untuk ke negara mana, ttp sy betul betul ingat akan kesan yang album tu bawakan kpd saya hingga ke hari ni.
album tersebut memuatkan gambar2 senior2 semasa menjalani kursus biro tatanegara sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.
dan salah satu "scene" adalah berlatar tempatkan asrama kediaman.
asrama kediaman, perempuan.
ada pose dikatil situ, di katil sana..
dan akhirnya tiba di satu gambar ni..
berdebar dada saya apabila melihat beberapa keping gambar yang berkaitan..

sungguh mendukacitakan apabila saya lihat figura figura yang selama ini secara kasarnya saya percaya merupakan orang-prang yang menjaga aurat dan bertudung litup, terdedah auratnya dalam gambar tersebut. rambut, to be specific.
waktu itu, sy rasakan, seolah2 sy sendiri merasa maruah sy trcalar. (walaupun hakikatnya itu bukan gambar saya).
kasihannya! kasihanya! kasihannya!!

saya cukup yakin, kakak2 tersebut tidak "terbayang" dan menyagka bahawa gambar mereka tidak bertudung itu akan diuploadkan di internet dan dibiarkan untuk tontonan . bukan sekadar tontoonan sikit2, malahan utk tontonan siapa sahaja yang membuka album tersebut!

dalam fikiran mereka barangkali begini:, "takkanlah kawan kawan akan uploadkan gambar aku tak bertudung. mesti diorang faham.."
tp sayang, mereka silap menduga.

dan dari detik itu, sy sedar, tak semua orang faham!


sensitif

insiden album BTN tu betul2 membuatkan saya sensitif dalam bergambar.
saya cuba bayangkan... kalaulah yang dalam gambar tu adalah saya.. ya Allah......
benar,tak salah untuk kita percayakan sahabat2 kita, tetapi, tak salah juga kan jika kita berhati-hati?

yaa.... mungkin keadaan, ketika, dan orang2 yang kita ambil bersama gambar itu adalah permpuan sahaja.. tetapi kita tidak boleh jangka sejauh mana kefahaman orang yang mengambil gambar tersebut.

sejauh mana sensitifnya mereka ttg isu aurat.
sejauh mana mereka mampu "memelihara"gambar -gambar kita yang tidak sempurna penutupan auratnya dari tontonan yang bukan mahram..


lebih lebih lagi sekarang zaman digital kamera.. semuanya disimpan dalam laptop, dalam driver.
sekali laptop diceroboh orang, atau digodek secara tak sengaja oleh adik2 atau abang2 kita,
sejauh mana gambar2 tidak menutup aurat itu mampu disekat dari mata mereka.?

alhamdulillah, kini mata saya lebih sensitif, dan jiwa sy lebih memahami.
insyaAllah setakat ini, selagi saya sedar, saya akan berusaha untuk memastikan aurat saya terjaga jika sekiranya gambar itu diambil dalam keadaan dan suasana "sesama systers" only.

dua pengalaman diatas menunjukkan kepada saya betapa masih membahayakan pemahaman mengenai isu aurat ini dalam keluarga saya sendiri, dan juga dalam kalangan masyarakat secara amnya..

lain hal pula

itu, berkenaan gambar yang tidak menutup aurat.
untuk gambar menutup aurat, saya tidaklah terlalu ketat dalam hal ni, mahupun terlalu longgar.

kalian sendiri maklum album gambr saya di facebook diprivatekan hanya kpd orang2 yang sy percayai.
brothers, ofcourse di nafikan sama sekali, dan untuk sisters, tak semua sisters yang saya izinkan.
gambar yang boleh diakses pun adalah gambar asas dengan tujuan identification oleh rakan-rakan..


(this part is deleted for several reasons)



semua insiden itu mebuatkan sy makin tekad dalam memprivasikan gambar.
kongsi sekadar yg perlu sahaja...
gambar di blog pun mostly saya kaburkan wajah saya.
dan, sepertinya saya sendiri lebih selesa begitu. :)

tak ragu.
alhamdulillah,
kini, tidak lagi ragu samada boleh atau tidak uncle cina kedai cuci gambar untuk melihat aurat kita.
individu kenal, atau tidak kenal, sudah tidak menjadi kemusykilan lagi.

sifirnya cukup mudah;
jika kamu bukan mahramku, maka kamu tidak berhak melihat harta perhiasanku.
tidak, sekali-kali.

Semoga Allah membantu saya dan anda,
dalam memelihara, harta kita ini,
insyaAllah..



allahu'alam

kerana syurga itu, aspirasiku.

kata hati : susun kata masih tunggang langgang!!

Dan diserukan kepada mereka: 'ltulah syurga yang diwariskan kepadamu,
disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan.
Al-A'raf : 43

No comments:

Post a Comment