segala puji bagi Allah pendengar segala yang tersembunyi..
30 ramadhan 1431H
satu
"Alia, kau sedar tak karina dah rampas kebahagiaan kau? dia dah ambil syah dari kau!" bentak ruqayyah yang dari awal tidak puas hati.
"kebahagiaan aku bukan datang dari syah. kebahgaiaan aku datang dari Allah". balas alia. tajam, tetapi mantaapp...
dialog diatas adalah petikan dialog "persis" (sebab sy tak ingat sbrnya mcmana susunan dialognya, ttp maknanya sama) dari drama Janji Kekasih di TV3.
sejak kaklong pulang ke rumah, itulah drama yang dilihat setiap kali waktu sahur.
saya yang dari tak pernah tahu wujudnya drama seawal 5 pagi, x semena-mena menjadi pengikut sejak beberapa hari yang lalu.
sampai hari ni, dialog diatas melekat dalam dan berbekas dalam diri saya.
lebih kurang sama effectnya dengan "bisikan berhatu kiri kanan depan belakang" satu masa dahulu. hehe..
terngiang-ngiang, terfikir-fikir.
"kebahagiaan aku bukan datangnya dari syah, tetapi datang dari Allah."
isu mengenai kebahagiaan rumah tangga sedikit sebanyak merupakan antara perkara yang sensitif buat saya.
harapan saya besar, dalam memiliki sebuah keluarga yang makmur, dan tenteram.
tidak dapat tidak, saya tidak mampu menafikan hakikat hasrat saya yang satu ini.
walau mungkin tiada lagi keinginan atau "rasa" itu untuk masa ini, namun harapan itu masih ada. sentiasa ada.
siapa sahaja yang tidak mengimpikan sebuah keluarga bahagia?
dialog tersebut juga membuat saya refleksi diri diatas "kisah" saya satu ketika dahulu.
hari ini, 8 september 2010. bermakna, sudah hampir dua bulan..
sejujurnya, rasa sayu masih tetap menyapa setiap kali ingatan mengenainya datang menerpa.
hingga kini masih aneh, bagaimana saya boleh begitu terkesan dengan kehadiran yang sementara cuma.
hm.. sebuah teka teki hati.... yang, penuh misteri. (hehe)
namun kekuatan sedikit demi sedikit dibina, dari hari ke hari dan alhamdulillah, Allah membantu. :)
.
.
siapapun insan yang kita anggap boleh memberikan kebahagiaan kepada kita,
samada dari seorang sahabat,
dari seorang abang, seoarang kakak,
seorang suami, seoarng isteri,
hatta anak-anak sekalipun,
hakikatnya, bahagia itu datang dari Allah, dan bukan dari insan itu sendiri..
Jika saya anggap kebahagiaan saya adalah dari arwah, maka kini arwah sudah tiada.
sungguh benarlah, bahagia saya bukan darinya, tetapi ia adalah sebuah kurniaan yang datang dari Allah, yang, Maha Kekal. :)
dua
seorang friend di facebook berkongsi satu link ke laman web hilal asyraf,
mengenai layakkah aku menyambut aidilfitri.
bila baca tajuk tu, macam, eh eh. sama pula dengan maksud yang ingin saya sampaikan dalam posting yang lalu.
lihat pada tarikh dan waktu, nampaknya hilal asyraf terlebih dahulu menulis mengenainya.
well, what cud i say, big mind thinks alike. (haha.)
ok, sudah merepek. sekadar ingin menyatakan bahawa saya tidak mencedok idea hilal ye..
jika saya cedok satu2 perkara, as usual, saya akan maklumkan dari mana saya ambil. :)
tiga
solat taraweekh di surau riyadussoliheen lazimnya tamat dalam jam 11 malam.
hari ini, cuba taraweekh di masjid air merah. (yang pertama kali, dan terakhir kali buat raamdhan kali ni...)
sungguh "pelik" apabila ia tamat sebelum jam 9.30pm.
saya, tak sempat tersengguk (seperti yang sy cerita dalam post lalu)
saya, tak sempat rasa dahaga.
saya, tak sempat rasa lenguh kaki.
dan boleh ke kalau saya katakan, saya ... rasa.. macam... tak cukup.?
untuk berminggu minggu yang lalu,
saya sudah terbiasa dengan "cara" yang dibuat di surau.
dilalukan dengan pace yang sederhana, tak laju tak perlahan,
diisi dengan bacaan sederhana panjangnya..
dan diselangi dengan sesi tazkirah.
bagi mereka yang memang dari awal solat taraweekh di surau,
tidak akan merasakan ianya berat, lantaran itulah yang diikuti sejak awal.
badan dan minda sudah diset, supaya mampu, larat, dan bersedia hingga jam 11 malam.
dan apabila sekali sekala ubah angin ke masjid, terasa benar peliknya apabila tamat sangat awal dari biasa.
saya bukan nak sentuh soal sekejap atau lama. bukan bukan
tetapi saya dapat lihat satu perkara lain dari apa yang saya rasai malam ni.
mungkin tiada kena mengena dengan taraweekh ni, tetapi itu lah yang dapat saya "simpulkan" malam ni.
mereka yang sudah biasa menghadapi ujian besar,
tidak akan terasa sesak apabila mereka menghadapi ujian ujian kecil.
malahan menganggap seperti tiada apa yang berlaku, dan ianya tidak menjadi masalah bagi mereka.
err....ada kena mengena ke ye?
hee... tak kisah lah kaan....
:)
hari terakhir taraweekh membisikkan lembut dalam diri saya
bahawa saya perlu biasakan diri dengan segala ujian besar yang datang,
agar lebih mudah untuk saya menghadapi perkara perkara kecil pada masa hadapan.
insyaAllah. tidak mustahil.
kerana syurga itu, aspirasiku.
Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga;
ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan
(mendapat segala yang diingini).
alhasyr :20
ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan
(mendapat segala yang diingini).
alhasyr :20
No comments:
Post a Comment