Dengan NamaMu YaAllah... yang bersih dari segala cacat cela..
20 zulkaedah 1431H
hormone
pagi tu Dr Hla Yee Yee bercakap mengenai hormon badan manusia.
"Cortisol starts to be released from our body as early as 4 am in the morning"..
*sejenis hormon yang meningkatkan aktiviti dan penghasilan tenaga dalam badan.
"thats why the muslims can wake up early in the morning." sambungnya.
dalam hati, sudah bertasbih. subhanallah...
anjuran bangun malam qiyamulail telah Dia anjurkan,
kerana sememangnya fisiologi manusia memampukan manusia untuk bangun awal pagi.
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud' padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
alisra:79
Allah tidak menganjurkan hanya semata-mata sebagai anjuran, tetapi Allah telah susun setiap satunya untuk kita. Dia telah ciptakan badan kita dalam keadaan supaya kita MAMPU beribadah kepadanya.
tetapi... kita.... macamana..?
"its true right? the muslims do wake up early in the morning."
Doctor berhenti bercakap sambil matanya mencari cari kelibat seorang pelajar muslim.
.
.
pertanyaan
"Do you wake up early in the morning?" tanya Doctor kepada seorang pelajar muslim berdekatan dengannya. mahukan kepastian.
and suddenly there was a long pause.
pelajar muslim itu menyepi.
malahan satu auditorium menjadi sunyi, dan tertumpu perhatian kepada si penerima soalan.
namun sayang, pelajar itu kelihatan acuh tak acuh.
angguk pun tidak, geleng pun tidak.
"owh... you dont?" Doctor memberi repson dengan muka hairan+slack.
.
.
.
dan kuliah disambung semula seperti biasa.
aduh... tak tahulah bagaimana dengan kalian,
but for me, that really hurts dan saya terasa malu sendiri!
kerana syurga itu, aspirasiku.
No comments:
Post a Comment