keluar rumah dengan buku ditangan.
sudah berkepit dengan buku tersebut sejak beberapa hari yang lalu.
ke kereta. buku diletakkan di atas kereta.
ke bonet, mengemas bonet.
pintu kereta dibuka, badan masuk ke dalam kereta.
pintu ditutup, kereta dihidupkan, minyak ditekan,
kereta bergerak, berdesup.
dan buku, MASIH terbiar di atas kereta.
.
.
.
.
kat mana buku tu?
jatuh kat mana?
kalau kena gelek dengan kereta?
astaghfirullah... astaghfirullah...
betul-betul rasa nak nangis bila tersedar.
sedih bila terfikir sebuah buku ter-diperlakukan sedemikian.
itu, sebuah buku, yang dah lama ditunggu untuk dibaca.
itu, buku yang disayang!
.
.
.
Allah suka uji saya dengan kehilangan.
dan kali ini, kehilangan itu adalah atas kesilapan saya sendiri.
kecuaian saya sendiri.
the last "date" with the book.
semoga saya tak diuji dengan kehilangan lagi.
ambil pengajaran.
USAH ulangi kesilapan,
pandang ke hadapan!
kerana syurga itu, aspirasiku.
No comments:
Post a Comment