Telaga itu luas, sebentang Ailah di Syam hingga San'a di Yaman.
Di tepi telaga itu berdiri sekujur tubuh.
Rambutnya hitam, disisir rapi sepapak daun telinga.
Dia menoleh dengan segenap tubuhnya, menghadap hadirin dengan sepenuh jiwanya.
Dia memanggil-manggil.
Seruannya merindu dan merdu..
"Marhaban Ya Ayyuhal insan... Silakan mendekat, silakan minum..!"
Senyuman
Senyumnya lebar; hingga otot di hujung matanya berkerut dan terlihat gigi putihnya.
Dari sela gigi itu terpancar cahaya.
Mata hitamnya yang bercelak dan berbulu lentik mengerdip bahagia tiap kali menyambut jejaka dan wanita yang bersina bekas bekas wudhunya.
tetapi;
diantara alisnya yang tebal dan nyaris bertaut itu,
ada rona merah dan urat yang membiru tiap kali beberapa manusia dihalau dari telaganya.
Dia akan diam sejenak. wibawa dan akhlaknya terasa semerbak.
lalu dia bicara penuh cinta, dengan mata berkaca-kaca; "Ya Rabbi...." serunya sendu.
"Mereka adalah sebahagian dariku.... mereka umatku..!"
ada suara yang menjawab; "Engkau tak tahu apa yang mereka lakukan sepeninggalanmu..!"
lebihnya dari segala
air telaga itu menebar wangi lebih harum dari kasturi.
rasanya lebih lembut dari susu,
lebih manis dari madu,
lebih sejuk dari salju..
di telaga itu, bertebar secangkir kemilau sebanyak bilangan bintang.
dengan itulah si lelaki memberi minum mereka yang kehausan, menyejukkan mereka yang kegerahan.
wajahnya berseri tiap kali ummatnya menghampiri.
dan dia berduka,,, jika dari telaganya ada yang dihalau pergi..
.
.
.
telaga itu;
sebentang Ailah di Syam hingga San'a di Yaman.
tetapi tidaklah ia terletak nan di dunia ini.
Telaga itu; Al-Kauthar.
dan lelaki itu; Muhammad.
Muhammad; nama terpuji di langit dan dibumi...
kerana syurga itu, aspirasiku.
ekstrak dan edit dari : Dalam Dekapan Ukhuwah, salim A Fillah
terlalu menyentuh kalbu..dia pernah mencintaimu.
ReplyDeleteya.. sangat.
ReplyDeletedia pernah mencintai kita semua.
slm. kak, sy nk minta izin "video"kan post akak ni boleh x?
ReplyDelete