motivation is her make up

2012:
continue to smile. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

2011:

smiles. Alhamdulillah. The rough journey of 2010 had made her the person she is today.
Nobody knows what the following 365 days would offer to her, but one things for sure, she will try her best not to trip twice, walk every single step with a much more positive attitude, a big huuge heart & believes that she have the most Mightiest, The Most Intelligent, The most Delicate Force with her; Allah Azzawajal. :)

Tuesday, February 8, 2011

shadow



'stay walking in the light, and i'll be your shadow'


saya petik kata-kata ini dari siri drama korea "the President"
bicara seorang isteri kepada suaminya yang sedang bertanding dalam pilihanraya pencalonan calon presiden korea.
lebih kurang maknanya, : terus jalan pada laluan yang mudah, jgn ambil jalan sukar. saya akan sentiasa bersama awak.

sekali dengar, terus saya terpikat. bukan kerana maknanya, tetapi kerana simbolik ayatnya.
...i'll be your shadow. sweeet.. :)
oh romantik kah saya? mungkin juga. hehe.

konsep

abaikan mengenai cerita korea tu ye..
pernyataan tersebut membuat saya berfikir mengenai konsep cahaya dan bayang-bayang.
mengenai konsep kesetian seorang isteri kepada suaminya.
dan saya tersenyum.kali ni saya mahu tukar sedikit pernyataannya.
mengikut cita rasa saya, dan pemahaman saya.

begini:

"stay walking in the light, so that i can always be your shadow"

erm, maaflah ye. tersentuh bab-bab romantika pula. almaklumlah, musim-musim cuti baru baru ni banyak betul terima khabar gembira dari keluarga dan sahabat yang sudah melangkah ke alam pertunangan. maka, tak dapat tidak, tertempias juga aura aura nya.. :)

berbalik kepada pernyataan baru saya tadi.

stay walking in the light, so that i can always be your shadow.

hakikat kejadian bayang-bayang hanyalah apabila wujudnya cahaya.
tiada cahaya, lenyaplah bayang-bayang.
semakin terang cahaya, semakin jelas dan kuatlah bentuk dan rupa bayang-bayang tersebut.
tak dapat tidak, cahaya, objek, dan bayang-bayang seharunya berjalan seiringan.

saya teringat kepada apa yang telah diterapkan kepada para isteri.
"tetap setialah kepada suami mu, selagi mana suamimu tidak mengarahmu pada sesuatu yang melanggar syariat"

dalam erti kata lain, "tetap setialah menjadi bayang-bayang suami mu, selagi mana suami mu tetap terus berjalan di jalan cahaya."

syariat islam itu; cahaya yang menerangi. terang.
sinaran cahayanya hangat, memberi tenteram dan keselesaan.
dan saat seorang suami berjalan jauh dari cahaya,
maka sejuk lah sekitarnya, suramlah keadaannya.
sedikit demi sedikit, bayang dirinya mulai pudar,
dan akhirnya kabur sama sekali. lenyap.

dan waktu itu, usah salahkan bayang-bayang yang telah pergi tinggalkan diri,
tetapi salahkan diri sendiri, kerana berlari jauh, dari cahaya nurani.

.
.
.

...stay walking in the light, so that i can always be your shadow.

ia, adalah bisikan pesanan seorang isteri, yang penuh pengharapan.
wahai suamiku, bepeganglah teguhlah pada cahayaNya,
agar aku dapat menjadi bayang-bayangmu.
bukan sahaja di dunia, malahan hingga ke akhirat sana.
.
.
.

maka para suami,
teguhkan dirimu pada jalan cahaya.
agar sentiasa dapat isterimu menjadi; bayang-bayang yang setia. :)



kerana syurga itu, aspirasiku.


Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias),
sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).
Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.
mutaffifien : 23-24

2 comments:

  1. insyaallah..apabila tiba masanya akan ada "saidina ali" yang akan menemani awak ke firdausi.nice blog

    ReplyDelete
  2. amien..

    tak terlintas sikit pun dlm hati utk merujuk pd diri sendiri.. cuma sekadar perkongsian.. apepun terima kasih ya atas doanya.

    tiba2 je "sensitif" dgr nama saiyidina ali. almaklumlah, baru dengar ulasan mengenai syiah. hehe..

    ReplyDelete