eh.. sy bukan mahu bercerita mengenai perjalanan mereka di perancis
kerana saya tidak tahu apa-apa mengenainya.
almaklumlah... orang kena tinggal kan... he..he...
bualberbalik kepada perbualan antara saya dan kakak saya di awal tadi.
perbualan tak berhenti disitu..
"..... skrg ni kalau orang tanya akak apa cita-cita, apa nak jawab ye.
nak jawab, saya dah capai cita cita saya? kelakarnya." sambung kakak.
saya tidak ingat apa yg kami bualkan selepas tu, tp sy ingat benar persoalan yg kakak sy timbulkan secara tak langsung.
cita cita.apa makna sebuah cita-cita?
apaakah cita cita itu hanya terbatas pada tercapainya impian dalam pekerjaan?
jika kakak saya dahulunya bercita cita ingin menjadi seorang engineer,
kini, dengan rahmatNya, dia sudah mencapai cita-citanya.
maka selepas ini, apa lagi yang perlu dilakukannya?
bukankah cita citanya sudah tercapai?
hati saya tersentuh.
terasa betapa kosongnya sebuah matlamat jika dibataskan kepada dunia sahaja.
bila sudah sampai tahap yang tertinggi, apabila apa yang selama ini diimpi sudah diperolehi,
satu persoalan timbul dari hati. apa yang aku mahu kejar lagi?
are you sure?
namun bagi seorang muslim, cita-citanya melangkaui hakikat dunia.
targetnya jauh. matlamatnya tinggi.
meski hasrat dunia sudah tercapai, jiwanya masih terlalu rindu dengan cita citanya untuk bertemu tuhanNya, dalam keadaan yang diredhaiNya.
dan untuk mencapai cita-citanya itu, gerak kerja tubuh tidak akan terhenti,
kerja, tidak pernah ada istilah habis dan tamat.
akan senstiasa ada sahaja perkara yang perlu dikejarkan, hinggalah tibanya masa ditetapkan baginya untuk menghembuskan nafas terakhir.
hati seorang muslim yang bercita-cita, mengimani firman Tuhannya:
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu...
Qasas :77
subhanallah, segala puji bagiMu ya Allah,
tetapkanlah kami dalam menjadikan Engkau sebagai matlamat tertinggi kami! :)
matchinghari ini, senior senior semester 5 mendapat keputusan matching university.
alhamdulillah tahniah, tahniah dan tahniah buat semua atas penerimaan university.!
tinggal satu bulan sahaja untuk bersama dengan kakak kakak sem 5 sebelum semuanya menamatkan pengajian di imu.
dulu waktu di intec, tidak lah pula terasa "pemergian" senior,
tp bila sudah di imu.. memang agak terasa. sob sob sob....
*erkk dilarang mood sedih2!*buat para senior,
jika kalian mendapat tempat yang kalian pohon,
maka panjatkanlah puji dan syukur padaNya kerana telah memakbulkan doa hambaNya.
dan jika kalian mendapat tempat bukan seperti yang dipohon,
maka tetaplah panjatkan puji dan syukur kepadaNya.
kerana sungguh, hanya Dia yang mengetahui apa yang lebih baik, malahan yang TERbaik, buat kalian. :)
ingat, cita-cita kita limitasinya bukan didunia, malahan berpanjangan hingga kesana nanti.
saya percaya kalian adalah benih benih istimewa.benih benih kuat, benih benih hebat!dicampak ke laut, menjadi pulau,dicampak ke darat menjadi bukit,dicampak ke sahara menjadi oasis!(ok hiperbola disitu :P)capailah cita cita duniawi yang diimpikan, tetapi usah jadikan ianya sasaran utama dalam hati, kerana kelak kamu akan bersedih hati. :)
.
.
soalJika soalan tadi ditanya semula.
"apa cita-cita kamu?"insyaAllah kali ini,
harapnya saya, dan kalian, lebih jelas dengan hala tuju cita cita kita. :)
ayuh kejar impian!