Segala puji bagi Allah, yang mengekalkan hati ini dalam kehambaan.
21 ramadhan 1431Hharinya, masih 30 ogos 2010, ttp malamnya, sudah melangkah ke 21 ramadhan 1431H.
subhanallah.. sudah 21 ramadhan?
kalau diikutkan, banyak perkara yang boleh saya kongsikan disini.
(selalu sgt sy cakap mamca ni kan. nak cover x de idea lah tu.. ) eh bukan. memang banyak yang boleh dikongsikan. cuma..... moodnya tiada. -_-''
video semasa sesi perkongsian adik2 spm dan pmr tempohari pun masih belum saya kongsikan.
err.. ok. berhenti. terus kepada sembang-sembang hari ni.
tolong maklum bahawa susunan ayat saya dalam posting kali ini masih belum "sembuh"...sabarmahu uji kesabaran anda?
tips mudah dari saya , sila jaga seorang tua, dan seorang anak kecil.
mampualhamdulillah, dalam hal menjaga orang tua, insyaAllah saya mampu.
sejak kecil saya telah didedahkan dengan hal hal "menjaga" orang tua.
eh, bukanlah maknanya saya tinggal bersama mereka. tidak. saya tidak pernah tinggal bersama dengan arwah nenek2 saya dalam jangka masa yang panjang.
paling lama pun dalam sebulan, yakni selepas SPM,
menjaga arwah wan halimah yang waktu itu baru selesai pembedahan membuang payu dara.
apa yang saya maksudkan adalah, insyaAllah, setakat ini, saya masih mampu melayan kerenah warga berumur.
bagaimana melayan merajuknya, marahnya, leterannya, kehendaknya, makan minumnya, urusan mandi, urusan tandas, gembira dan tawanya.
ia menjadi satu macam hiburan buat saya. terutamanya jika datang bab usik mengusik dan menyakitkan hati arwah nenekanda halimah. (hee...)
terbiasamungkin juga kerana saya sudah terbiasa menjaga bonda saya yang satu masa dahulu kerap benar keluar masuk wad.
permulaannya adalah ketika usia saya, kira kira dalam 8-9 tahun.
dan sejak itu hampir setiap tahun collapse.
usia belasan tahun saya, boleh dikatakan, hampir setiap tahun, pasti akan berada di wad, minima seminggu.
sebelum kakak kedua saya menyambung pelajaran ke perancis, saya kira beliau yang lebih banyak menjaga bonda,
(kerana ingatan saya sayup sekali. rasa macam x ingat pun ada jaga bonda masa kecik2)namun setelah itu, perannanya beralih kepada saya. kakak sulung saya pula waktu itu melanjutkan pelajaran ke sabah...
kalian sendiri maklum kan.?
saya ni, anak bongsu. dan, hanya saya yang tinggal jika ada apa-apa yang berlaku.
urusan memandikan bonda, urusan makan minum, sejuk panas badannya..kalau kena masa tidak boleh bangun, maka akan buang air kecil di atas katil.
jika berada di wad, memang ada besen khas. tapi jika dirumah... hehe... besen biru di dapur yang digunakan.
nak nak lagi bila bonda sakit semasa waktu haidh.. faham faham sahajalah siapa yang perlu uruskan dan bersihkan. =)
tak lupa juga berkenaan soal aurat. orang yang sakit kadang kadang tak sedar akan aurat yang terdedah, jadi peranan penjaga untuk memastikan aurat pesakit trpelihara.
dan ofcourse,,,
soal solat, dan pengambilan wudhu.. setiap satunya diambil kira.
tumpangsaya bersekolah satu sekolah dengan bonda.
guru-guru saya, adalah kawan kawan bonda saya sendiri.
jika terkena waktu bonda collapse,
setiap hari saya akan pulang dari sekolah dengan orang yang berbeza-beza.
siapa yang mahu ziarah bonda saya hari itu, itulah kereta yang akan saya tumpang pulang :)
"cikgu, sy nak tumpang balik sekali dengan cikgu ye nanti.."kalau nak kata malu tu, memang dah tiada. kerana sudah biasa. :)
atas pengalaman yang lalu inilah mungkin saya berani katakan bahawa insyaAllah saya boleh bersabar dan melayan warga warga tua.
dan mudahan Allah kekalkan, dan tinggikan kesabaran saya.
Allahumma amien..
anak kecil?saya, memang seorang "pelayan" kanak-kanak.
(lumrah anak bongsu kan.. kempunan mahu adik kecil, tapi tak dapat. hehe..)
anak kecil tidak pernah gagal dalam menarik perhatian saya.
namun, bezanya, saya tidak pernah punya pengalaman dalam menjaga kanak-kanak.
paling lama pun sejam dua. waktu mereka dalam mood baik, ketawa-ketawa, senyum senyum, main main.
siapa sahaja yang tak suka. kan?
afham muayyad.kehadiran afham muayyad, anak buah pertama saya, sedikit sebanyak membuatkan saya menilai kembali tahap kesabaran dalam diri saya.
afham muayyad kini sudah berusia 1 tahun 7 bulan.
dan menanti masa untuk menerima seorang adik insyaAllah pertengahan september ini.
dari hari ke hari, ada sahaja perangai baru yang timbul darinya.
lepas satu, satu.
beberapa minggu lalu, saya berziarah ke rumah kaklong.
dan menetap di rumah mereka dalam 3 malam.
kaklong sedang sarat mengandung, maka saya mengambil peluang untuk menguruskan afham muayyad sementara saya masih berada dirumahnya.
hari pertama, afham masih "baik".
"orang baru, memanglah baik.." jawab kaklong.
"tunggulah perangai sebenarnya keluar nanti..." sambung kaklong sambil terkekeh2.
saya tidak ingat masuk hari ke berapa, afham muayyad sudah "menunjukkan belangnya".
kerenahnya tidak menentu. sekejap tenang.. sekejap macam taufan.
silap sedikit, menangis memanjang.apa yang afham minta, tidak dapat difahami. lapar ke.. ape ke...
mungkin krn itu marah benar.
ada masa minta ditiup bubble. berhenti sahaja tiup, akan menangis. saya pula, mana lah larat untuk tiup lama lama..
mainnya dia.. tak boleh berhenti. lari sana sini, punggah barang itu ini.
jika tidak suka barang yang diberi padanya, akan dicampak tanda protes.
hendak tinggalkan main sendiri, bahaya pula..
anak sekecilnya masih belum mampu bezakan antara perkara yang selamat dengan yang bahaya. tajam tumpul , paanas sejuk. setiap langkah perlu diperhatikan.
saya tidaklah marah, cuma ada rasa letih untuk melayannya memanjang....
tiba bab mandi...siap buat aksi baring-baring, sengaja diberatkan badan, enggan keluar dari bilik mandi.
hendak pakaikan pampers atau baju, berkejar-kejar berlari lari.
kelakar pun ada jugak. heheee...
tapi bila moodnya baik.. alahai... macam tak percaya..
itu ke anak buah ummi nuur yang meraung-raung pada malam sebelumnya?
taat membelek buku abc, senyap menonton playhouse disney animal mechanical, dibo the gift dinasour dan chuggington.
memang cartoon kegemarannya terutama chuggington.
dalam kereta.. pun tidak tahu duduk diam.
setiap langkah perlu diawasi. dijaga, diperhatikan.
tiada istilah tidur dalam kereta bagi siapa yang ditugaskan untuk menjaga afham muayyad.
melainkan, jika afham muayyad yang tidur.. hehee...
kanak-kanak sebesar afham muayyad, masih tidak faham "bahasa".
apa yang dia tahu, dia nak apa yang dia nak. itu sahaja.
kita nak marah pun x dapat..
kita nak buat apa pun x mampu, kerana dia masih kecil dan tak mengerti.
projek setiap hari. cukupkah?saya menyoal diri saya kembali. cukup sabarkah saya untuk menjaga seorang anak kecil?sejujurnya ada rasa letih dalam diri saya dalam melayannya.
itu pun ada masa saya biarkan abahnya melayan afham muayyad,
dan saya terlena tanpa peduli di sofa ruang tamu.
nasiblah awak afham muayyad.. nangis ke ape ke... ummi nuur dah letih. nak rehat,
(haha.. jahatnya mak saudara..)macamana lahh kaklong saya jaga afham muayyad selama ni ye..
dahlah penat balik dari kerja belum hilang, balik-balik melayan kerenah anak lagi..
tanyasaya bertanya kpd kaklong.
"macamana boleh jaga.?""dah anak.. akan biasa sendiri".walau macam mana pun kerenahnya afham muayyad,
akhirnya dicium disayang juga anaknya tu.
subhanallah itulah barangkali naluri seorang ibu.
sabar dan sayangnya sentiasa ada untuk anak2nya.
untuk saya yang masih belum bergelar ibu, barangkali saya tidak terbayang lagi yang saya akan sabar dalam menjaga anak kecil.
tetapi jika saya sudah bergealr seorang ibu, mungkin akan tiada masalah dalam hal ini.
ia fitrah seorang ibu. memang akan secara automatiknya akan sabar dalam melayan anak-anak. lebih lebih lagi apabila kita sedar, sebagai seorang ibu muslim, anak itu adalah amanah Allah untuk kita. maka selayaknya kita menjaganya sebaik mungkin, walau apapun kerenahnya. :)
hmm... patutlah. syurga dibawah telapak kaki ibu, kan?
bersama afham muayyad
(masa tgh mood baik. macam malaikat je baiknye :P)
:)