Segala puji kepada Allah, yang mengizkan kita untuk bertemu..
14 ramadhan 1431H
alhamdulillah.
saya selamat kembali ke kulim dalam jam 1.3o tengahari isnin lalu.
apa khabar kalian?
mudahan sihat jasad dan iman. :)
alhamdulillah, saya kembali bergelar pelajar perubatan tahun pertama.
dan insyaAllah, mudahan perjalanan saya kali ini lebih tegap, lebih berkeyakinan.
my target is clear. i am here, again, to survive, and, to strive.
along with my dear sisters of m210.
rancang asalnya, mahu "melayan" adik-adik yang baru masuk mendaftar.
membantu mereka dalam satu dua urusan berkaitan penempatan, pendaftaran dan lain-lain.
iyelah. saya kan kakak yang baik...? :P (haha abaikan)
bukannya apa, saya pernah merasai apa rasanya sebagai pelajar baru.. di tempat baru.
dan... tiada lain yang lebih dihargai selain perhatian dan bantuan dari senior2.
:)
rancang
wamakaru, wamakarallah.
wallahukhairulmaakirin.
kita merancang, namun, Allah juga punya rancangannya.
dan nampak gayanya, perancangan sy kekal sebagai perancangan sahaja.
saya hanya mampu menghadirkan diri saya di IMU sebentar cuma.
kurang dari 3 jam, saya sudah bertolak pulang ke kulim.
walau saya cukup sedar banyak tanggungjawab saya yg tergendala,
dan boleh kata saya seperti mengabaikan sesetengah pihak yg memerlukan kerjasama dari saya, namun sy keraskan jua hati.
kehadiran saya lebih diperlukan di sini.
urusan di IMU, boleh tunggu.
Allahu-akbar. sungguh bulan ramadhan adalah satu bulan menguji keimanan.
menguji kesabaran. menguji titik paling lemah dalam diri saya, yakni: kepercayaan.
dalam kekeliruan, tiada lain yang dapat dipohon selain petunjuk dan ketenteraman dariNya. segala perkiraan dan perhitungan, selayaknya dikembalikan kepada penyimpan segala khazanah ilmu pengetahuan.
Dia lebih mengetahui, Dia maha adil dalam setiap pengadilan.
=)
gusar
pada awalnya, ada sedikit rasa gusar dalam diri saya.
untuk memandu sendirian di bulan ramadhan.
bukan takut kerana bersendiri. oh saya sudah lali dengannya.
cuma khuatir andai saya mengantuk semasa memandu.
lazimnya, boleh lah juga kumam gula gula atau minum air.
tapi bila dah puasa..... macamana pula?
perjalanan dimulakan dengan bismillah dan hati mengucapkan doa menaiki kenderaan yang telah diajar oleh ayahnda dan bonda sejak kecil lagi.
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,
sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
az-zukhruf :13-14
(saya baru sedar doa menaiki kenderaan ni sebenarnya doa yang diajar dalam Quran. nampak sangat yang sebelum ni bila baca quran tu, saya tak alert.. huhu..)
siaran radio pula saya tukar kepada mainan CD.
saya ingin mendidik diri untuk menyajikan telinga dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan mempunyai barakah. selagi boleh kawal, maka kita kawal lah pendengaran kita. kan? :)
anyway, back to the story.
sepanjang perjalanan pulang ke utara,
saya bertemu dengan beberapa "keadaan".
pertama ; sebuah trelar panjang terbalik dan terbabas.
dalam hati : Allah... syukurlah bukan aku..
terus lagi memandu..
kedua: bertemu dengan lagi satu kemalangan lori yang terbalik remuk.
dalam hati; Allah..syukurlah bukan aku.
masih teruskan perjalanan..
ketiga
tiba-tiba kereta beratur.
saya merupakan dalam kereta keenam dari deretan kereta yang pertama.
pelik tiba-tiba.
tengok tengok, rupanya ada pokok tumbang ditengah jalan.
besar juga pokoknya. syukur tiada kereta yang terhempap.
bayangkan saya hanya selang dalam 6 buah kereta dari pokok tersebut. sipi sahaja.
Allah... syukurlah saya x terkena hempapan pokok tu..
keempat
lepas satu, satu. dan ya.. perjalanan masih diteruskan.
dan.. bertemu dengan satu lagi incident.
di kiri saya , dapat lihat sedikit dari sisi jalan yang telah runtuh.
kalau runtuh lebih sikit, habislah jalan tu.
ya.. dalam hati : Allah... syukurlah tak terkena tanah runtuh...
perjalanan pulang hari tu menasihati saya kembali;
hidup ini penuh dengan ketidaktentuan. bila bila masa sahaja. dimana sahaja, apa shaja.
Jika Dia mahu, Jika itu ketetapannya, maka akan terjadi.
persoalan dikembalikan kepada saya,
andai ia melibatkan nyawa, adakah, saya, bersedia,?
disebalik semua itu juga, saya memanjatkan syukur.
saya, boleh jadi antara orang yang terlibat dengan kemalangan lori,
saya, boleh jadi orang yang terhempap dek pokok.
saya, boleh jadi orang yang terlibat dalam runtuhan tanah,
tetapi, saya tidak terlibat dalam satu pun kemalangan yang saya lihat sepanjang perjalanan saya itu.
(bukan bermakna saya NAK terlibat ye!)
maha suci Allah kerana masih sudi untuk memelihara saya.
maha suci Allah kerana masih sudi untuk menjaga hambaNya yang sering membantah dan mempersoalkan. astaghfirullahadzim.
satu perjalanan yang bukan sia-sia. memberi suntikan keinsafan berulang kali.
mudahan Dia terima bisikan kesalan dalam hati saya ini. sungguh, Dia maha mendengar. :)
mengantuk
berbalik kepada masalah mengantuk saya tadi.
subhnallah. to my surprise, sepanjang perjalanan, tidak sesaat pun saya merasa mengantuk.
bertenaga dan segar sepanjang memandu. sangat berbeza jika saya memandu sebelum ni..
selalunya, tidak sah jika saya tidak berhenti di perhentian sebelah untuk berehat dan tidur 10 minit. hehe.. (asyik-asyik tidur je kan saya ni.... :P)
kuasa minda agaknya. dah diajar dan dibisikkan supaya jangan mengantuk, maka tak mengantuklah. kan?
apapun alhamdulillah, segalanya dipermudahkanNya.
dalam jam 1.30 tiba di kulim, singgah sebentar di masjid air merah sementara menunggu bonda pulang rumah dari sekolah dalam jam 2.15 (saya tak bawa kunci rumah)
usai berwudhu, saya melangkah masuk ke dalam masjid dengan niat iktikaf,
dan meneruskan urusan yang belum diselesaikan.
Allhamdulillah. banyak saya dapat hari ni. :)
pulang IMU, perjalanan yang berisi, dan perjalanan ditutup dengan berehat di rumah Allah.
:)
benarlah. semuanya bergantung kepada kita, sejauh mana kita mahu belajar,
sejauh mana kita mahu memanfaatkan apa yang dipelajari,
dan sejauh mana kita mampu ingat dan mengimplementasikan dalam kehidupan harian kita.
ramadhan, semoga aku melangkah keluar darimu
dengan membawa apa yang aku pelajari dalam bulanmu, bersamaku.
kerana syurga itu, aspirasiku.
bisik: nak tulis tapi maaf tak tahu kenapa susun kata masih berterabur sini sana. :(
Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kurnia
ar-rahman : 78
ar-rahman : 78
No comments:
Post a Comment