Allahu Allah,
diri ini ingin melangkah, semula.
letih rasanya berada dalam kepompong yang saya sendiri bina.
lantaran jiwa belum kuat sepenuhnya dalam mengimani ketentuannya.
astaghfirullahalazdim.
ampunkan hamba, Ya Allah.
percayalah sahabat, saya sentiasa berusaha.
saban hari, saban masa.
saya benar2 sedang berusaha.
dan teratak ini, adalah antara bukti bahawa saya ingin kembali.
kekuatan, semangat, cita cita, perjuangan.
maaf, tiada laungan berkobar kobar
atau kata menjulang tinggi.
permulaan semula ini, sederhana cuma.
kerana diri masih lagi tersisa..
namun insyaAllah,
doa dalam hati agar yang sederhana ini,
peroleh keberkatan, hendaknya. :)
.
.
.
Bicara Aspirasi..
kata aspirasi itu,
memberi semacam hembusan halus ke dalam jiwa.
jiwa saya.
... halus, sejuk, nyaman,
namun... segar & tegar.
Maaf sahabat,
biarkan dan izinkanlah,
agar ia terus mengalir dalam diri.
namun kali ini, saya lebih mengerti.
Aspirasi yang dicitakan selayaknya hanya satu.
ya, Hanya Satu. :)
Kelmarin, Tuhan telah membantumu.
Percayalah, esok Dia masih akan tetap menolongmu.
Percayalah, esok Dia masih akan tetap menolongmu.
salam baharu,
kerana syurga itu, aspirasiku.
bisik :
-alhamdulillah. penghulu hari tiba lagi..
-pernah saya khabarkan, arti arman itu, aspirasi? :)
-alhamdulillah. penghulu hari tiba lagi..
-pernah saya khabarkan, arti arman itu, aspirasi? :)
No comments:
Post a Comment