motivation is her make up

2012:
continue to smile. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

2011:

smiles. Alhamdulillah. The rough journey of 2010 had made her the person she is today.
Nobody knows what the following 365 days would offer to her, but one things for sure, she will try her best not to trip twice, walk every single step with a much more positive attitude, a big huuge heart & believes that she have the most Mightiest, The Most Intelligent, The most Delicate Force with her; Allah Azzawajal. :)

Thursday, August 19, 2010

impian syuhada


segala puji dan syukur.. atas nikmat merasa..
9 ramadhan 1431H

dari luar, saya dapat lihat, sekujur tubuh mengintai-intai keluar tingkap.
apabila saya keluar dari kereta, tubuh itu berlari pergi. malu mungkin.

pintu surau dikuak, dan kaki melangkah masuk.
alhamdulillah...
:) ramadhan di surau riyadussolihien.. taman cengal.
nafas ditarik. bau surau tak pernah berubah.
nyaman dengan aircond. (hehe)

tahun lepas, ramadhan sy di vista.
tahun ini, rezekinya di rumah. alhamdulillah..

datang

tubuh yang berlari sebelumnya,
perlahan-lahan berjalan menghampiri saya.
makin dekat, makin dekat.
dan akhirnya, tangan dihulur, memberi isyarat mahu menyalam.
tangan saya dikucup.

hati saya tersenyum kecil.
bertuahnya awak... :) comel sangatlah.
tangan kanan saya memeluk nya. memberi tanda, bahwa saya masih mengingatinya.

besar

anak itu sudah besar.
sudah tinggi.
kalau dahulu hanya paras pinggang,
kini sudah paras dada. :)

penampilan juga .. subhnallah... sudah jauh berbeza.
tudung bulat labuh menutupi pinggang.
lengan baju bercekak.
kaki dan lengan lengkap berstokin.!

saya perhatikan tangannya.
"eh... ni gelang kristal yang kak ijjlal bagi kan?"
:)
syuhada memakai gelang kristal yang saya belikan untuknya sewaktu bercuti di sabah dahulu.
lumrah orang tiada adik. anak orang yang dapat tempias. hehee..

".. lamanya tak jumpa.. dah besar dah ni... syuhada sihat..?"

"alhamdulillah.. sihat.." balasnya sambil senyum.
jawabnya dengan suara yang meyakinkan,
dalam masa yang sama dengan nada hormat.

sejuk hati mendengar jawapan darinya.
alhamdulillah. segala puji bagi Allah.!
kalau mahu dibadningkan dengan jawapan saya tika usia saya sebayanya..
tak pasti samada kalimah "alhamdulillah" itu yang akan muncul keluar dari mulut saya.

syuhada kini sudah berumur 11 tahun.
darjah lima..
tetapi saya masih memandangnya sebagai seorang anak kecil 6 tahun yang pernah sy kenali dahulu.
kini syuhada bersekolah di sebuah sekolah tahfiz di tasik gelugor.
baru enroll masuk sewaktu darjah empat,
sanggup keluar dari sekolah harian biasa, untuk memasuki sekolah tahfiz.
dan itu, adalah atas permintaannya sendiri.
subhnallah.. hingga kini, syuhada kelihatan gembira duduk di asrama tahfiz.

adik bongsunya yang berumur 4 tahun saya kira,
juga memasuki sekolah yang sama.
subhanallah.. tinggi saham yang dilaburkan ibu dan ayah mereka,
menghantar anak2 ke sekolah asrama tahfiz sejak usia kecil. :)

.
.
.

kata syuhada, mahu jadi seperti kak ijjlal.
cita-citanya, ingin menjadi doktor bedah,
dan bekerja satu hospital dengan saya.
allahuakbar.. saya malu sendiri... -_-

syuhada.. mahu jadi seperti saya.. (?)
seperti....



saya...?

.
.
.

syuhada..., perjalanan kak ijjlal jauh lagi.
doakan kak ijjlal untuk sentiasa kuat meneruskan jalan yang kak ijjlal lalui sekarang ni..
hati syuhada, masih bersih.
tambahan awak, seorang hafizah kecil,
insyaAllah doanya mustajab.

kak ijjlal juga doakan syuhada mencapai impian yang dicitakan.
seorang hafizah, seorang doktor, dan... seorang syuhada.

syuhada, 4 tahun dahulu


ah syuhada, awak buat kak ijjlal malu.
:')



kerana syurga itu, aspirasiku.


..Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan)
lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !
alfajr:27-28

No comments:

Post a Comment