motivation is her make up

2012:
continue to smile. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

2011:

smiles. Alhamdulillah. The rough journey of 2010 had made her the person she is today.
Nobody knows what the following 365 days would offer to her, but one things for sure, she will try her best not to trip twice, walk every single step with a much more positive attitude, a big huuge heart & believes that she have the most Mightiest, The Most Intelligent, The most Delicate Force with her; Allah Azzawajal. :)

Monday, August 9, 2010

ramadhan (i.ii)


Segala puji bagi Allah, penyimpan khazanah segala rahsia.
28 sya'aban 1431H



saya masih ingat satu perkongsian oleh guru matematik tambahan saya sewaktu tingkatan lima dahulu.
waktu tu, setiap dua minggu sekali, akan diadakan qiyamulail.
dan untuk sesi tersebut, cikgu bercerita mengenai ramadhan.

"bayangkan segala benda yang kamu nak, berjalan-jalan didepan kamu. tapi kamu duduk membatu.. tak ambil. kamu tengok je benda2 tu berlalu pergi depan kamu... akhirnya siapa yang rugi? kamu lah."

"macam tu lah ramadhan. terlalu banyak kebaikan yang dihidangkan buat kamu, khas buat kamu, segalanya untuk kamu. semuanya istimewa hanya pada bulan ni. tapi sayang, ramai yang hanya tengok sahaja kebaikan tu tanpa sedikit pun berusaha untuk dapatkannya."

(faham ke..? sy faham. hehe)

2 hari

subhanallah. kurang 2 hari lagi, jika diizinkan, kita akan bertemu dengan ramadhan...

tahukah kalian,
Ramadhan itu, ertinya panas yang terik.
para ulama pula berpendapat, panas itu adalah dalam erti kata ia membakar.
membakar dosa dosa pewaris anak adam, bagi mereka yang mahu dosanya dibakar.
subhanallah.

hmm... hakikatnya, dari jauh, ramadhan sudah lama menyapa dan melambai-lambai kepada kita.
laksana sebuah gunug berapi yang menanti masa untuk meledak, menghamburkan sehabis habisnya segala isi yang tersimpan,
ramadhan sudah tidak sabar-sabar untuk meledakkan, menghamburkan, menghadiahkan segala rahmat, segala hadiah, segala keberkatan yang telah disimpan rapi sejak hampir setahun yang lalu.
ia sudah lama menanti dengan sabar, menawarkan keampunan dari TuhanNya.
sudah tidak sabar untuk memberi berganda ganda hadiah, buat mereka yang mahu menerima...

mari saya sampaikan kepada kalian, tiga sapaan dari ribuan sapaan ramadhan yang menanti untuk dijawab dan disambut.. :)

sapaan pertama : Allah swt membanggakan kalian!


"Telah datang kepada kalian Ramadhan, bulan keberkatan,
Allah swt memberikan kecukupan kepada kalian pada bulan ini,
Dia menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do'a,
Allah swt melihat kalian berlumba lumba dalam kebaikan,
dan membanggakan kalian di hadapan para malaikatNya

oleh itu, tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang terbaik dari kalian,
s
ebab, orang yang sengsara adalah yang terhalang dari rahmat Allah swt."
HR tabrani


jika kita menunjuk-nunjuk kpd manusia, maka kita akan dijauhi malahan dibenci.
tetapi jika kita menunjuk-nunjuk kebaikan kpd Allah, kita malahan akan dipuji, dihadapan makhluk ciptaannya yang palin setia dan taat kepadanya..
jika kita meminta-minta kepada manusia, kita akan dimarahi dan dikeji.
tetapi sebaliknya, Allah akan marah, jika kita tidak meminta-minta kepadaNya!


sapaan kedua : dimana orang-orang yang berpuasa?


“Sesungguhnya di Al Jannah ada sebuah pintu yang disebut Ar Rayyan.
Pada hari kiamat kelak orang-orang yang berpuasa akan memasuki Al Jannah melalui pintuini. Tidak seorang pun selain mereka masuk melalui pintu ini.
Dikatakan (kepada mereka): ‘Di mana orang-orang yang berpuasa?’,
maka mereka bangkit (dan masuk).
Ketika mereka telah memasukinya, ditutuplah pintu tersebut,
maka tidak seorang pun selain mereka yang boleh memasukinya.”

muttafaqun alaih

Syurga yang disifatkan keindahannya tak pernah terlihat oleh mata, manusia, tidak pernah terdengar oleh telinga dan tak pernah terlintas di hati manusia dunia..
Syurga yang tanahnya adalah wangian.. rumah-rumahnya terbuat dari emas dan perak.. Bayangkanlah... syurga yang tak mampu dibayangkan keindahannya itu,
dipersiapkan khusus untuk orang-orang yang berpuasa.. ya. khas, untuk mereka yang berpuasa.

Bayangkanlah pula bagaimana kelak,
apabila kita mendapat seruan syurga yang mencari orang-orang yang berpuasa...
tetapi mulut dan jasad kita terkunci, tidak mampu untuk menyahut seruannya.
maka tertutuplah pintu arrayan, dan kamu memerhati penuh penyesalan.

wana'uzubillah.
ayuh kita berusaha supaya kita mampu menyahut panggilan arrayyan disana nanti..


sapaan ketiga : sapaan Allah untukmu!


"Wahai pemburu kebaikan, kemarilah!
wahai orang yang melakukan kemaksiatan, berhentilah!"
HR bukhari Muslim

bergetar saya apabila membaca hadith ini.
marilah sini... pemburu kebaikan..
berhentilah... wahai pelaku maksiat..
rasa seperti kedua duanya ada pada saya. huhu..

hati saya tersentuh. sisi diri saya "anak kecil manja" terusik apabila bertemu dengan hadith ni.
saya rasa seperti dipanggil-panggil oleh seorang ibu yg tegas namun penuh dgn kasih dan sayang,
yang ingin memberi hadiah buat anak kecilnya.

dalam hati, terbayang
"kalaulah boleh dengar betul2 'suara' Allah. panggil sy secara live begini. alangkah...."

owh. alangkah...

subhanallah, Betapa indahnya sapaan Allah kepada kita.
Kita disapa dan diseru. Baik pelaku ketaatan maupun pelaku kemaksiatan.
Semuanya dirangkul dalam rahmat Allah yang ingin memberikan banyak kurniaNya kepada kita di bulan ini..

penutup

ramadhan.... sentiasa menyapa kita dengan wajah ceria dan tenang,
namun persoalannya, berapa ramai antara kita yang mendengar ucapan salam dari ramadhan.?
dan dari ramai -ramai yang mendengar itu, berapa ramai pula yang menjawab, dan melayannya dengan baik laksana tetamu istimewa yang sudah lama tidak bersua?
jawapannya tiada pada saya, tetapi kepada diri kalian sendiri.
kalian lebih arif, sejauh mana kalian menyahut sapaan luar biasa dari tetamu bernama ramadhan.

sy sedang belajar, untuk menyambut setiap sapaan ramadhan dengan penuh makna.
walau tak semua sapaan mampu untuk sy jawab, namun sekurang-kurangnya, ramadhan yang berlalu, tidak dibiarkan pergi begitu sahaja.

kerana saya tidak mahu menjadi orang yang menyesal
kerana saya tidan mahu menjadi orang yang rugi.


ramadhan, aku ingin, menyambut salam mu.


kerana syurga itu, aspirasiku.


Mereka di dalam syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat daripada sutera halus,
serta mereka dihiasai dengan gelang-gelang daripada perak,
dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
Al-Insaan: 21

1 comment:

  1. nota :
    perkongsian kecil, diolah, ditambah, dari buku nasihat ramadhan daripada orang soleh. keluaran kemilau publika.

    p/s: buku ni beeessttttt!

    ReplyDelete