motivation is her make up

2012:
continue to smile. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

2011:

smiles. Alhamdulillah. The rough journey of 2010 had made her the person she is today.
Nobody knows what the following 365 days would offer to her, but one things for sure, she will try her best not to trip twice, walk every single step with a much more positive attitude, a big huuge heart & believes that she have the most Mightiest, The Most Intelligent, The most Delicate Force with her; Allah Azzawajal. :)

Tuesday, August 10, 2010

terima yg diberi


Segala puji kepada Allah, penghembus segala kekuatan
29 sya'aban 1431H


Alhamdulillah, sesi perkongsian bersama adik adik pmr dan spm selesai, dua hari lalu.

(slide pertama sy. mesti cakap comel. tau!)

pada awalnya, saya seperti ragu ragu untuk menerima jemputan guru kaunselor,
lantaran keadaan diri yang masih separuh lemah separuh kuat.
namun, sy kuatkan juga. sampai bila mahu "manjakan" diri.
sampai bila mahu "kesiankan" diri, yekan?

sesi yg diadakan hanyalah satu sesi sederhana.
insyaAllah sy merancang untuk berkongsi satu dua video klip yg sy turut kongsikan kpd adik adik, dalam posting akan datang.
banyak masa yg diambil untuk mencari video yg sesuai untuk dikongsikan..
ditambah lagi dengan dugaan lappy sy yang merangkak seperti kura kura.

sejujurnya, sy segan lantaran status pelajaran sy yang... (huhu)
tp, mereka tak perlu tahu semua itu.
kalau tak diberitahu, mereka takkan tahu. ;)

bukan mudah

bukan mudah untuk membuatkan satu satu perkongsian itu menarik,
saya pula sudah "terbiasa" menyampaikan sesuatu dgn penyampaian profesional.
dan lazimnya "pendengar" saya adalah juga dari golongan mereka yang boleh faham.

berbeza dengan adik adik saya ini, yang datang dari latar belakang yang, sederhana.
adik adik perempuan, baik2 sahaja.
tang adik adik lelaki ni lah... hehe.. typical lelaki yg baik2 nakal.
sy perlu tahu cara bergurau, perlu pandai usik, perlu pancing.
which, of course, are among the things that i am lack of. huhu..

sy sendiri tidak pasti sejauh mana mereka beroleh manfaat dari perkongsian kecil sy itu,
kalau tak banyak yg mereka peroleh, sedikit pun jadilah.
saya mahu mereka tahu bahawa ada dunia yang jauh lebih besar daripada dunia sekolah.
ada sesuatu yang jauh lebih penting dari hanya sekadar bermain dan bercanda.

ironi

dalam pada sy yg seharusnya memotivasikan mereka, sy pula yang termotivasi.
dalam pada sy yg diminta utk memberikan semangat kpd mereka, sy pula yg tersemangat.
subhanallah...

berinteraksi dengan manusia adalah antara terapi paling mujarab buat saya.
(selain bermesra dengan alam. )
saya suka bersama dengan adik adik. makcik makcik. nenek nenek.
walau sy ni bukanlah orang yang cepat mesra, "diam",
namun sungguh sy tidak dapat menafikan betapa sy amat senang dalam satu satu perkara yang melibatkan berinteraksi.


dan benarlah kata orang,
kita akan perolehi, apa yg kita beri.
:)


sembang santai,
kerana syurga itu, aspirasiku.


dan Kami cabut rasa dendam dari dalam dada mereka,
dibawahnya mengalir sungai sungai....
al:a'raf :43

No comments:

Post a Comment