segala puji kepada Allah pentadbir seluruh Alam
15 ramadhan 1431H
lega
saat ini, saya menghembuskan nafas lega. (separuh lega) alhamdulillah.
walau saya sedar cara pengendalian saya dalam isu yang saya hadapi ini tidaklah tip top dan laksana seorang bijaksana, kerana hakikatnya saya bukan saidatina aisyah mahupun sayidina Ali yang dikurniakan kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesebuah permasalahan.,,
namun saya bukanlah seorang pengecut yang akan lari dan mengucil ketika menghadapi teka teki yang membingungkan.
lembut dan lemah saya memang diakui kerap benar bertandang.
tetapi dalam masa yang sama, tegas dan kerasnya saya, tetap ada untuk dizahirkan. bila perlu.
tiba kekuatan diiringi dengan keperluan untuk saya bertindak, maka saya akan bertindak.
tidak dinafikan, dalam setiap langkah itu ada debar dan gusar,
namun istighfar melenyapkan semula segala ketidak tentuan dalam hati.
jika bukan kamu, siapa lagi.
jika bukan sekarang, bila lagi.
sungguh sungguh benar saya katakan, 2010 memberi saya begitu banyak pengajaran.
pelajaran, pendidikan. yang mustahil sama sekali saya perolehi di ceruk mana pun dunia ini, melainkan, hanya melalui pengalaman.
peristiwa, demi peristiwa.
satu persatu, saya lalui .
dan setiap satunya meninggalkan kesan yang berbeza.
apapun alhamdulillah, kali ini, boleh saya katakan, tidak setitis pun air mata saya gugur. sungguh bukan seperti saya kan?
barangkali banyak yang telah saya terapkan dalam dalam jiwa saya daripada perkara perkara yang lalu, yakni, hanya selayaknya kepada Dia kita sandarkan harapan. alhamdulillah. tarbiyah dariNya akan cuba dibawa sebagai bekalan.
makin kita sayang dunia, makin kita tidak tenang, makin kita bersedih.
makin kita sayang dan rindukan janji janji Nya, makin kita punyai kekuatan dan kebersediaan dalam menghadapi ujian yang Dia datangkan. :)
titik lemah
pada posting lalu, saya ada menyatakan yang kali ini saya diuji pada titik paling lemah saya yakni; kepercayaan.
dan kali ni... saya kembalikan kelemahan saya kepada apa yang telah saya tanamkan dalam diri.
usah disedihkan kepercayaan pada manusia yang telah dikhianati, kerana semua itu sementara cuma.
selesaikan sekadar mana yang patut, sebaik mungkin pada kemampuan kita dan yang selebihnya serahkan kepada Allah untuk mengadili dan menghakimi.
Jika setelah semua itu masih lagi berlaku ketidaktelusan,
Sungguh saya percaya Dia Maha lembut pada hambaNya yang dizalimi.
satu hari pasti akan ada pengakhirannya.
kerana tidak akan ada sesiapa pun yang boleh lari di mahkamah Allah di padang mahsyar nanti.
tak logik!
Allahu akbar.
logik akal sering tidak mampu seiring dengan kerenah manusia yang pelbagai.
terutama melibatkan penyakit hati yang sukar untuk dirungkaikan.
yang mana akhirnya apabila penyakit hati itu dizahirkan melalui lisan dan perbuatan,
akibatnya adalah amat membahayakan.
mendukacitakan. namun itulah hakikat manusia yang tidak pernah puas.
dan ya, perkara yang saya hadapi ini berkait rapat dengan hati manusia yang berpenyakit.
sayang sungguh, bulan ramadhan yang suci ini dicemari dengan tindak tanduk yang jauh lari dari fitrah mulianya ramadhan kurniaanNya.
buntu kepala memikirkan dimana rasionalnya semua tindakan tindakan ini,
namun seperti yang saya katakan, apabila hati tidak mampu dipelihara dari penyakit,
maka soal rasional bukanlah perkara utamanya.
ego, superior, iri, dan kecewa, apabila bergabung dan berlebih lebihan, mampu membuatkan manusia lupa pada azab siksa tuhan.
semoga Allah kurniakan kesedaran dalam jiwa insan insan yang terlibat..
semoga Allah melembutkan hatinya kembali kepadaNya..
sebelum semuanya terlambat baginya.
wana'uzubillahiminzalik. sesungguhnya itu adalah kerugian yang amat nyata!
as syifa
Dalam saat saat begini, hanya janjiNya sahaja yang menjadi pengubat dan penawar "kekecewaan" dalam diri. menamani setiap saat, setiap detik.
orang bertaqwa itu... adalah orang yang menelan kemarahannya, walau dia berhak untuk marah.
orang yang bertaqwa itu.. adalah orang yang memaafkan kesalahan orang lain.. meski dia berhak untuk tidak memaafkan.
dan.. orang yang bertaqwa itu.. akan dikurniakan syurga seluas langit dan bumi..
masih jelas lagi ulasan dari syiekh nouman ali dalam khutbah jumaatnya yang saya dengari di youtube. (jazakillahukhairankathir ashira keran berkongsi sebuah talk yg akhirnya melekat kuat dalam kepala saya)
jelasnya begini :
"menelan" yang dimaksudkan adalah, tidak mengekspresikan kemarahannya.
telan, telan. ..
orang sekeliling tidak tahu pun yang dia sudah "makan".
kerana semuanya sudah ditelan.
orang yang bertaqwa itu juga... memaafkan orang lain bukan kerana orang itu berhak dimaafkan,
atau bukan kerana terikat pada budi baik orang tersebut,
tetapi kerana dia begitu rindukan syurga Allah dan dia begitu sayangkan Tuhannya,
maka dia memaafkan. kerana itu, adalah permintaan dari tuhannya.
dan bukan kerana terikat kepada manusia yang dimaafkan itu.
rindunya pada tuhanNya mengatasi kepentingan diri sesama manusia..
subhanallah.. walau saya masih jauh dari tingkat itu, namun tiap kali saya menghadapi situasi begini, ali imran 135 benar2 menjadi pengubat hati. :)
apabila menghadapi kerenah manusia yang pelbagai pada penghidupan yang mendatang, saya berdoa agar Dia sematkan keyakinan ali imran 135 dalam diri saya. insyaAllah.
masa hadapan
saya tahu, masih banyak lagi yang menanti saya dihadapan nanti.
dan saya cukup yakin, titik lemah saya ini akan diuji lagi, berulang kali.
despite the fear of trusting, saya tidak akan putus doa, agar, Allah kurniakan saya insan-insan yang boleh saya sandarkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada mereka. dan saya percaya, doa saya ini akan dimakbulkanNya.
kun fayakun. bukankah segalanya terlalu mudah bagiNya.?
:)

Dan segeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa...
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menelan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang....
aliimran
orang bertaqwa itu... adalah orang yang menelan kemarahannya, walau dia berhak untuk marah.
orang yang bertaqwa itu.. adalah orang yang memaafkan kesalahan orang lain.. meski dia berhak untuk tidak memaafkan.
dan.. orang yang bertaqwa itu.. akan dikurniakan syurga seluas langit dan bumi..
masih jelas lagi ulasan dari syiekh nouman ali dalam khutbah jumaatnya yang saya dengari di youtube. (jazakillahukhairankathir ashira keran berkongsi sebuah talk yg akhirnya melekat kuat dalam kepala saya)
jelasnya begini :
"menelan" yang dimaksudkan adalah, tidak mengekspresikan kemarahannya.
telan, telan. ..
orang sekeliling tidak tahu pun yang dia sudah "makan".
kerana semuanya sudah ditelan.
orang yang bertaqwa itu juga... memaafkan orang lain bukan kerana orang itu berhak dimaafkan,
atau bukan kerana terikat pada budi baik orang tersebut,
tetapi kerana dia begitu rindukan syurga Allah dan dia begitu sayangkan Tuhannya,
maka dia memaafkan. kerana itu, adalah permintaan dari tuhannya.
dan bukan kerana terikat kepada manusia yang dimaafkan itu.
rindunya pada tuhanNya mengatasi kepentingan diri sesama manusia..
subhanallah.. walau saya masih jauh dari tingkat itu, namun tiap kali saya menghadapi situasi begini, ali imran 135 benar2 menjadi pengubat hati. :)
apabila menghadapi kerenah manusia yang pelbagai pada penghidupan yang mendatang, saya berdoa agar Dia sematkan keyakinan ali imran 135 dalam diri saya. insyaAllah.
masa hadapan
saya tahu, masih banyak lagi yang menanti saya dihadapan nanti.
dan saya cukup yakin, titik lemah saya ini akan diuji lagi, berulang kali.
despite the fear of trusting, saya tidak akan putus doa, agar, Allah kurniakan saya insan-insan yang boleh saya sandarkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada mereka. dan saya percaya, doa saya ini akan dimakbulkanNya.
kun fayakun. bukankah segalanya terlalu mudah bagiNya.?
:)
Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.
Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik
sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia
fussilat:34
semoga kamu kembali kepada fitrahmu yang suci,
wahai manusia yang berpenyakit hatinya..
kerana syurga itu, aspirasiku.
bisik: tak faham? x mengapa. sekadar... meluahkan. :)

Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita,
dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu...
fussilat :30
fussilat :30
No comments:
Post a Comment