motivation is her make up

2012:
continue to smile. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

2011:

smiles. Alhamdulillah. The rough journey of 2010 had made her the person she is today.
Nobody knows what the following 365 days would offer to her, but one things for sure, she will try her best not to trip twice, walk every single step with a much more positive attitude, a big huuge heart & believes that she have the most Mightiest, The Most Intelligent, The most Delicate Force with her; Allah Azzawajal. :)

Monday, August 16, 2010

tihamah


Segala puji bagiMu yaAllah atas nikmat mendengar..
6 ramadhan 1431H


di news feed facebook,
mata saya terikut pada satu perkongsian video oleh ikhwan zhaki,
bertajuk "the secret sin".

hm. bunyi macam familiar.
waktu membaca tajuknya, saya teringat kepada satu hadith yang saya baca dalam blog "menikmati takdir ilahi" yang seperti menggambarkan hal yang sama, yakni, dosa tersembunyi.

ikon kotak biru berisi segitiga putih saya tekan.
dan video tersebut cuba saya hayati.

subhanallah. akhirnya perkiraan saya benar.
apa yang saya baca di dalam blog, sama dengan apa yang ingin disampaikan dalam video tersebut. dengan huaraian yang lebih panjang.

dua kali beturut-turut saya menemui hadith tersebut dalam minggu ini.
satu hanya pernyataan kasar, dan tak lama kemudian, perincian mengenainya.

apa yang Allah mahu sampaikan kepada saya?

gunung tihamah

Dari Tsauban dari Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan. "


“Wahai Rasulullah ! Ceritakanlah keadaan mereka kepada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tidak mengetahui.

"Mereka merupakan saudara-saudara kami dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga, TETAPI mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan..(bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)."

Hadith Riwayat Ibnu Majah no.4245, Sahih Al-Albani.


begitulah bunyi hadith tersebut.

setinggi mana gunung tihamah?
allahua'alam.. saya pun tak tahu.

yang pasti, ia bukan bukit, tetapi gunung.
gunung ye kawan-kawan. gunung!

Mereka merupakan saudara-saudara kami dari bangsa kamu sendiri..
mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga...
TETAPI mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan...

=(
sungguh mereka adalah golongan yang terpedaya dengan sebenar2 tipu daya..

saya merefleksi diri saya sendiri semestinya.
terasa tajam dan mencucuk hadith ni...

kuatkah saya untuk menangkis "temptation" kala saya sendirian?
adakah saya terlibat dalam melakukan hal hal yang dimurkainya semasa saya bersendirian?
sejauh mana saya memelihara pendengaran, penglihatan, tubuh badan, akal, dan hati?
persoalan persoalan ini saya renung dalam dalam..

allah... allah... allah.... gerunnya... saya....
dalam hati tak putus berdoa, agar saya diselamatkan daripada termasuk dalam golongan ini.
golongan orang yang tertipu... yang menzalimi diri sendiri..
saya tidak mahu segala pahala saya.. (sekalipun ianya tidak setinggi gunung...-_- )
terhapus, hancur, berterbangan laksana debu..
dan sesudah itu apa sahaja yang mampu menyelamatkan saya dari kepedihan azab api neraka..
apa.? apa?


astaghfirullah! saya tak mahu masuk dalam golongan ini......!

.
.
.

syurga dan penjara

dalam video tersebut, penceramah ada menyebut satu hadith..

"barangsiapa yang memakai sutera di dunia, dia tidak akan merasai sutera di akhirat.."
"barangsiapa yang minum arak di dunia, dia tidak akan merasai arak di akhirat.."

dan entah tiba2 hati terdetik isu ini:
"barangsiapa yang bercouple di dunia.. dia tidak akan merasai bercouple diakhirat.."
(ni bukan hadith ya.... sy sekadar menambah.)
dang! dang! alangkah rugi!
insyaAllah, mudahan pegangan itu sy mampu genggam sampai bila bila..

sungguh, dunia adalah penjara bagi mukmin, dan syurga bagi yang kufur.
mukmin terikat dengan pelbagai jenis peraturan, pelbagai jenis sekatan..
tetapi yang kufur bebas.. melakukan apa shj..

namun harus ingat, akhirat sana nanti, hal yang berbeza akan berlaku..
ia akan menjadi syurga bagi para mukmin... dan menjadi penjara pula bagi yang kufur..

penjara dunia.. penjara sementara..
penjara akhirat, penjara selama2nya..

allahuakbar..

antara sutera dunia, dengan sutera akhirat.
antara arak dunia, dengan arak akhirat..
antara syurga dunia.. dengan syurga akhirat.

apa...... pilihan anda..?

kerana syurga itu, aspirasiku.


(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
yaasin:58

No comments:

Post a Comment