segala puji dan syukur kepadaNya, atas nikmat penglihatan yang tak terhingga..
6 ramadhan 1431H
6 ramadhan 1431H
ambil hati
asalnya, saya mahu menulis tentang seni "mengambil hati".
kerana saya lihat, ramai antara kita yang lemah dengan seni ini.
mengambil hati bukan bermaksud kaki bodek, bukan...
mengambil hati dalam erti kata menjaga hati dan menggembirakan orang orang yang kita hormati.
kadang-kadang perkara mudah seperti mengucap terima kasih, menegur khabar, belanja air di kedai mamak,.
seni seni kecil seperti itulah yang sebenanrnya menjadi the strongest and efficient way dalam mengambil hati. :)
atau.. sengaja kalah dalam perlawanan, kerana ingin melihat sahabat kita gembira.
atau.. memberi pujian dan galakan apabila menerima kejutan walaupun sebenarnya kejutan yang diterima itu bukanlah sesuatu yang kita sukai.
kita "telan" seketika ketidaksukaan kita itu, dan kita raikan dan hargai segala pengorbanan dan perhatian yang telah diberikan kepada kita.
apalah salahnya kan? bukankah itu lebih banyak manfaatnya...?
pujian kita yg kecil, akan memekarkan lagi hubungan antaranya.
namun ketidakpedulian kita yg kecil, akan mbuat mereka memendam rasa, mungkin selamanya.
just how little things can bring huge effect. allahuakbar.
masih ingat lagi bagaimana junjungan besar Rasulullah s.a.w mengambil hati isterinya saidatina Aisyah...?
bagaimana baginda sengaja berlari perlahan kerana ingin membiarkan isterinya gembira apabila menang dalam perlumbaan.
menyuapkan makanan hasil masakan aisyah untuk memberitahu masakannya masin, tanpa perlu mengeluarkan sebarang kritikan.
subhanallah. mulianya peribadimu Ya habiballah!
lihat
saya pemerhati. dan saya memerhati.
kadang saya tersenyum kecil, kadang saya menggeleng.
saya merupakan antara orang yang melihat bagaimana reaksi manusia,
dan juga antara orang yang pernah berkecil hati lantaran "usaha" yang dibuat, ditolak terang-terang.
walau kita tahu orang yang terlibat tidaklah bermaksud sedemikian, tetapi apakah terlalu sukar untuk sekurang kurangnya mengucap terima kasih..?
magic word
thank you, terima kasih, telah lama menjadi magic word dalam diri saya.
namun saya akur, tidak semua manusia berfikir sperti saya. maka apa yang boleh kita harapkan daripada manusia, selain berlapang dada, dan menerima seadanya.
kerana sesungguhnya, pengharapan pada manusia itu, hanya sementara. =)
ternyata, masih ramai lagi antara kita yang canggung dan kaku dalam seni mengambil hati ini.
termasuklah saya, semestinya.
anyways, (tadi tu pembuka je... )
berbalik pada cerita asal, mahu menulis mengenai "mengambil hati",
maka saya search di google "ambil hati".
akhirnya benda lain yang dicari, benda lain yang dibaca.!
saya tertarik dengan satu tajuk artikel yang terpapar dalam carian google.
Seni dalam Mengambil Keputusan dalam Cinta (Antara Perasaan, Logika Dan Hati Yang Bersih)
wah. menarik kan! heheee....
ops! jangan salah sangka yea... bukan "cinta" itu yang menarik perhatian saya,
tetapi the latter one. bahagian "antara perasaan, logika, dan hati yang bersih".
bagi siapa yang tahu peristiwa sebulan lalu, pasti kalian faham kenapa saya tertarik dengan hal ini.
tak dinafikan, 3 perkara ini yang saya fikirkan semasa membuat keputusan.
antara perasaan, logik akal, dan penilaian hati yang entah bersih, entah tidak.
sering saya keliru. kerana rasa hati itu sering berlawan dengan logik akal.
dan semua keputusan itu dipersoalkan kerana adakah hati yang membuat keputusan ini, merupakan hati yang bersih?
maka apalgi, instantly saya klik pada tajuk tersebut dan mula membaca.
sedar, tak sedar, dari asalnya membaca part 1, saya selesai mebaca hingga ke part 6 artikel tersebut. *giggle*
bertuahnye! tersasar daripada tujuan asal pencarian!
dalam banyak-banyak part artikel, bahagian ke 4 dari artikel itu yang berjaya menyentuh fikir hati saya.
dan saya ingin kongsikan dengan kalian semua apa yang dikatakan dari artikel tersebut.
jom, layaann...
(bahasanya telah ditukar kpd bahasa melayu supaya lebih difahami)
.
.
.
Seni dalam Mengambil Keputusan dalam Cinta : Antara Perasaan, Logik akal Dan Hati Yang Bersih
ketika kita ingin mendapatkan kisah cinta terbaik dalam diri hidup ini,
kita harus sedar tidak ada rasa cinta terbaik selain sentuhan cinta Allah kepada hidup kita.
benar, berikhtiar ingin mendapatkan yang terbaik bagi diri kita adalah hal yang sangat dibolehkan.
Namun ketahuilah bahawa yang terbaik menurut kita belum tentu baik menurut Allah begitu juga sebaliknya.
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui
Al Baqarah : 216
Beginilah akhirnya titik akhir perenungan dari usaha penyeimbangan perasaan, akal dan kebersihan hati akhirnya tetap berhujung pada mulianya keredhaan Allah terhadap perjalanan cinta kita.
Menggapai keredhaan Allah, itulah akhir rahsia yang harus kita ketahui.
Keredhaan Allah terhadap keputusan cinta kita akan menuai barakah.
Berkat Allah tidak diukur dari material semata, tapi juga kemampuan mengelola keluarga dalam proses penyuaian dua perbezaan manusia.
Keberkahan adalah ikhtiar jiwa yang penuh keikhlasan,
baik di saat saat suka ataupun di saat duka.
Keberkahan adalah sumber tenaga bagi ruh dikala lemah,
kerana keberkahan adalah rasa syukur yang akan menghiburnya untuk tabah dan tegar dalam mengahrungi ketidaktentuan badai kehidupan.
Keberkahan adalah persepsi dari pondasi ketakwaan.
Kerana dalam keadaan apapun hatinya akan lapang,
dalam situasi segenting apapun jiwanya akan tetap tenang dan yakin akan pertolongan Allah.
Keberkahan adalah kemampuan mengelola perbezaan menjadi kekuatan,
dan menata kekurangan menjadi motivasi.
Itulah makna berkah Allah yang paling hakiki,
ia bukan material atau hasrat duniawi yang membuta.
Tapi dia adalah sumber kekuatan yang selalu membuat kita makin dekat dengan Allah dalam keadaan sesenang apapun atau bahkan sesukar apapun.
Inilah inti dari seni mengambil keputusan itu,
inilah corong untuk melihat kesuksesan cinta itu.
Beginilah semestinya cinta itu di tumbuhkan oleh kematangan menilai dan konsep hidup yang jelas.
Ia tidak sekedar bicara tentang memilih, mengungkapkan dan meminang.
Tapi cinta juga mempunyai hakikat yang paling asas yang harus difahami oleh para pecinta; iaitu memberi.
Hakikat percintaan yang utama adalah memberi, bukan meminta apalagi menuntut.
Memberi apa yang mampu kita berikan kepada orang yang kita cintai adalah ibadah.
Dan itulah hakikinya sebuah pembuktian cinta yang di dalamnya bersemai ruang ibadah yang mulia.
Kerana itu, orang orang yang ingin mendapatkan kenikmatan cinta terbaik, harus tahu bagaimana seni memberikan cinta kepada orang yang saling mencintai bersama kita.
Pastikanlah keadaan perasaan, logik dan hati kita dalam posisi yang sabar dan tenang.
Tenang dalam keadaan berbunga bunga yang tidak berlebihan dan tidak juga dalam keadaan pesimis yang menyedihkan.
Pastikan bahwa kita sedia dengan semua risiko.
sedia melihat malam bererti anda harus sedia melihat siang.
sedia melihat bulan bererti anda juga sedia melihat mentari.
garis hidup kita sudah ada yang menulis.
sedia menerima bererti sedia ditolak.
Sediap menikmati kelebihan, bererti sedia juga mensyukuri kekurangan.
Sedia berharap bererti sedia untuk untuk tidak diharapkan.
Sedia untuk menikahi isteri seperti Khadijah ra bererti kita harus sedia menjadi seperti Nabi Muhammad SAW.
Pertimbangkanlah dalam kondisi hati yang bersih, perasaan yang tenang, akal yang sihat dan niat yang lurus.
.
.
.
Bagaimana bukti kedahsyatan?
Pada saat itu kau tak menemukan satupun penyesalan dalam jiwa ketika kau memberikan cintamu pada mahligai kepribadian yang telah di pilih Allah untuk memimpin atau menemani sejarah hidupmu yang selanjutnya.
Bahkan ketika kau mengetahui satu persatu tabir kekurangannya yang terbuka di hadapanmu, semua itu menjadi suatu kesempurnaan dirinya di hadapanmu.
Kau akan memandang itu sebagai sebuah ladang amal kehidupan, sebuah peta yang mencerahkanmu pada jalan menuju cinta yang abadi.
Kenapa kau mampu sebijak itu?
Kerana kisah cintamu dipenuhi keredhaan dan menuai berkah kehidupan ilahi.
Selamat mengambil keputusan semoga kita tidak salah dalam memaknai momentum kehidupan itu. Percayalah kita mungkin paling tahu apa yang kita mahu, tapi Allah lebih tahu apa yang kita perlu.
Jangan biarkan nafsu kita memimpin kita untuk memilih sebuah saat pemberian cinta.
Kerana yang ada di sana hanya penyesalan pada akhirnya, atau hanya kebahagiaan sesaat.
Namun jika kita berhasil memenangkan pertempuran jiwa ini dan memilih kerana kemuliaan ibadah, Nescaya waktu akan memperlihatkan pada kita apa itu kecantikan yang tak pernah keriput dan menua bahkan takkan pernah mati mengiringi umur bumi.
subhanallah. saya tidak tahu bagaimana dengan anda,
tetapi saya cukup tesentuh dengan bahagian yang saya kongsikan bersama anda ini.
.
.
.
Redha Allah.
sejak saya diberi "cahayaNya", itu antara perkara yang saya belajar untuk dititikberatkan.
dan dalam proses yang saya lalui sebulan yang lalu, itulah perkara yang saya utamakan.
dan benarlah.. bila ada redhaNya, akan ada keberkatan dariNya.
bila ada keberkatan dariNya, akan ada kekuatan jiwa dariNya,
walau sehebat mana pun ujian yang diberiNya.
meski saya tidak dapat merasai konsep "barakah" tersebut dalam konteks berumah tangga,
tetapi saya sudah merasainya dalam konteks proses pemilihan ke arah rumah tangga.
apabila perasaan hati, dan logik akal bertembung, kata Redha Allah itulah yang menjadi pemandu arah :')
kerana saya yakin redha Allah ada dalam pilihan itu,
saya mampu untuk redha dengan segala ketentuan yang Dia rancangkan setelah pemilihan saya.
alhamdulillah..
kemudian
barangkali kalian ada tertanya, untuk masa hadapan, apalah prinsip saya dalam memilih pasangan.
hmm apa yg boleh sy katakan, prinsip saya masih sama. macam dulu. yakni, saya hanya mahu memilih sekali.
saya sudah memilih. dan kuota sekali itu telah saya penuhi, meskipun pengakhirannya bukanlah seperti yang diharapkan.
namun saya sudah berpuas hati dengan ketentuanNya.
Dia lunaskan prinsip saya itu, Dia mengizinkan saya membuat pilihan.
dan Dia hanya izinkan saya sehingga tahap itu sahaja. sehingga tahap memilih. tidak lebih dari itu.
jadi, selepas ni, bagaimana?
selepas Dia lunaskan prinsip saya, Dia temukan saya dengan prinsip yang lagi satu.
saya masih ingin dan berusaha untuk kekal pada jalur Redha Allah.
cuma kali ini, saya tambahkan lagi satu konsep;
yakni, Redha Allah, datang dari Redha ibu bapa. :)
ya sahabat, untuk segala urusan pasangan hidup saya selepas ini, insyaAllah, saya serahkan segalanya kepada kedua ibu bapa saya.
sekalipun insan itu hadir secara terus kepada saya,
saya akan membawa ia merujuk kepada kedua ibu bapa saya untuk dipertimbangkan.
saya percaya, siapapun yang hadir bertemu kedua ibu bapa saya, dan sekiranya kedua ibu bapa meredhai insan yang datang itu, saya akan menerima dengan hati yang terbuka.
kerana seperti saya katakan, prinsip saya : Redha Allah, dari Redha ibu bapa.
kerana itulah sahabat, di laman ini, saya sertakan bahagian "hubungi dia".
sejujurnya saya sedikit "trauma" kalau-kalau akan menerima "hajat" dari pembaca blog.
(ye.. ketawakanlah saya.. tapi saya serius ni.. u will never know what awaits you. huhu.. )
jika peristiwa itu berulang lagi, terus akan saya minta insan tersebut menghubungi ayahanda atau ahli keluarga saya melalui email yang tertera di bahagian tersebut..
malahan saya tidak akan teragak-agak untuk memberi nombor untuk dihubungi jika diminta.
seriusly.
tugas
tugas saya sekarang, bukan lagi memilih, jauh sekali mencari.
tetapi tugas saya sekarang, adalah meneruskan istikharah ,berdoa, dan memohon.
agar segala yang baik itu Allah permudahkan,
dan segala yang buruk itu, Allah sukarkan.
kalau dahulu saya hanya memulakan istikharah selepas menerima hajat,
tetapi kali ini, saya memulakan istikharah sebelum menerima apa-apa hajat.
sungguh saya katakan, pergantungan yang saya rasakan dalam diri saya kali ini berbeza rasanya.
kalau sebelum ini, saya mengharap jawapan dariNya... seolah sedikit "memerintah",
tetapi kali ini, kebergantungan saya adalah penuh kepadaNya untuk menentukan siapa sahaja yang dikurniakan buat saya, jika ada.
bersedia dengan doa selepas sesuatu berlaku, berbeza rasanya apbila kita bersedia dengan doa sebelum sesuatu itu berlaku.
Saya percaya, Apa yang akan saya terima dan saya lalui, jika dipermudahkan, itulah yang dpilihNya buat saya.
kerana saya tahu saya telah berdoa, dan saya yakin, Dia tidak akan mengetepikan doa doa hambaNya yang meminta dan berharap. :)
Allahua'alam.. sesungguhNya Allah lebi mengetahui.
hurm.... baiklah..., rasanya cukuplah saya cakap fasal soal nikah kahwin ni buat masa ni.
(tak semena mena pula kan tertulis fasal ni.. gara gara terbertembung dengan artikel tu lah.)
jangan salahkan saya! ;).
namun saya rasa berbaloi juga saya temuinya.
semoga kalian juga beroleh manfaat dan berfikir.
:)
teringat status seorang sahabat di facebook.
katanya : cinta, tidak akan membawa ke neraka.
dalam kan, maksudnya?
selamat mencari cintaNya di bulan ramadhan nan mulia ini.!
wassalam wbt
kerana syurga itu, aspirasiku.
bisik:
- saya mimpi tak best lah semalam. :P
- bicara aspirasi is starting to sound like bicara qalbu. hehe..
Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;
Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya)..
AnNaba : 35-36
Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya)..
AnNaba : 35-36
saya ada satu pesanan..sesungguhnya dia hadir sekdar menjadi khadra ad-diman dalam kehidupanmu..dia pergi kerana hidup ini untuk agenda allah..saya ingatkan anti kembali dengan satu nukilan beratus-ratus tahun dahulu.."..barangsiapa yang mencintai muhammad..sesungguhnya muhammad itu hanyalah seorang rasul dan telah wafat...barangsiapa yang mencintai allah dia kekal buat selama-lamanya.."-abu bakar as-siddiq..hidup untuk agenda allah...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete.... lupakan shj.
ReplyDeletetak tersinggung dah.. (apelah sy ni...)
maaf ye.
terima kasih krn mengingatkan hakikat penciptaan kita.
:)
salam ramadhan buat anda..
wassalam wbt
salam...
ReplyDeletesaya menukilkan khadra ad diman itu sebagai nikmat dunia dan bukan seperti terjemahan yang awak lakukan..
apatah lagi untuk mengaitkan dgn arwah...
saya mengingatkan kata-kata abu bakar atas niat untuk mengingatkan bahawa setiap manusia adalah makhluk allah dan dia akan kembali kepada allah..
bukan untuk mengatakan bahawa awak mengagungkan dia..
saya kira awk memahami sedemikian rupa..maaf mungkin terlalu jauh dari jangkauan saya..
wa'alaikummussalam wbt.
ReplyDeleteya anonymous, sy sudah memahami.
kerana tu sy memohon maaf kepada awak.
:)
cuma silap saya tak didelete komen yg asal sebelum sempat awak baca.
harap tidak jemu mengingatkan ya.
pengajaran buat saya : belajar memahami
pengajaran buat anda : x semua faham apa yg hendak disampaikan, jadi, mngkin perlu diiringi dgn sedikit penjelasan
:)
terima kasih dan minta maaf sekali lagi.