motivation is her make up

2012:
continue to smile. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

2011:

smiles. Alhamdulillah. The rough journey of 2010 had made her the person she is today.
Nobody knows what the following 365 days would offer to her, but one things for sure, she will try her best not to trip twice, walk every single step with a much more positive attitude, a big huuge heart & believes that she have the most Mightiest, The Most Intelligent, The most Delicate Force with her; Allah Azzawajal. :)

Wednesday, August 11, 2010

satu ramadhan.


Segala puji bagi Allah, yang mengizinkan kita untuk bertemu disini.
1 ramadhan 1431 H


satu


Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy..
bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga.
Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.
Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani.

Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu...

Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami... wahai riduan, malam apakah ini?
jawab Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis.. inilah malam awal Ramadhan..

.
.
.
.
.

alhamdulillah.
atas rezekinya, hari ini, saat ini, saya mampu menulis, 1 ramadhan 1431H.
1 ramadhan...
syukur, masih lagi diizinkannya, utk bertemu dengan bulan penuh mulia ini.

alhamdulillah,
Dia mendatangkan ramadhan kali ini kepada saya,
dengan satu rasa dalaman yang jauh berbeza.
kalau sahaja saya mampu untuk menyusun kata..

saya mahu kalian rasa, apa yg sy rasakan.
entahlah. rasa seperti mahu senyum sentiasa.
he.he :)

malam pertama ramadhan di kulim,
disambut dengan titisan titisan hujan rahmat dari langit.

saat kepala sujud mencium sejadah, hati terasa sungguh sayu dan hiba.
"subbahanarabbiyal a'la wabihamdih..."
"maha suci Allah.. tuhanku.. yang maha tinggi.. dan segalapuji buatNya..."


setiap titis hujan terasa seperti berduyun-duyun kasih sayangNya yg turun.
sejuk.. nyaman..
walau dikiri kanan penuh dengan jamaah lain, waktu tu terasa sprt tiada lain yg mampu didengar.
hanya saya, Dia, dan titis titis hujan rahmatNya..


Setiap hari di bulan Ramadhan, Allah menghias syurga-Nya sambil berkata,
‘Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.’

HR Ahmad
[sumber]


ya. hamba rindu...
dan terima kasih YaAllah,
kerana kurniakan rasa itu.



kerana syurga itu, aspirasiku.


Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu
dan menjadikan muka mereka berseri-seri dan kegembiraan hati.
Al Insaan : 11

No comments:

Post a Comment