motivation is her make up

2012:
continue to smile. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

2011:

smiles. Alhamdulillah. The rough journey of 2010 had made her the person she is today.
Nobody knows what the following 365 days would offer to her, but one things for sure, she will try her best not to trip twice, walk every single step with a much more positive attitude, a big huuge heart & believes that she have the most Mightiest, The Most Intelligent, The most Delicate Force with her; Allah Azzawajal. :)

Sunday, August 29, 2010

perkembangan




Dengan Nama Allah pemilik segala sesuatu
19 ramadhan 1431H


Assalamualaikum. :)

jika ada yang tertanya khabar dari saya (jika ada. heee)
maka alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kerana Dia masih menganugerahkan saya nikmat kesihatan, dan, nikmat imaan terutamanya. :)
ingin belajar untuk mensyukuri segala nikmat yang diberi daripada melihat "kekurangan" yang diuji atas diri. petua mujarab supaya terus senang hati. *shining eyes*

alhamdulilllah, permohonan cuti dari Dean medical faculty diluluskan.
sangat berterima kasih dengan person incharge untuk sesmester satu, Miss Susan yang baik hati dan memberi petolongan dari langkah satu hingga selesai semuanya.
terasa Allah permudahkan urusan saya disitu.

sepatutnya saat ini saya sudah berada di bukit jalil. namun atas sebab tertentu, saya memohon cuti.
prosedure yang sebetulnya cuba diikuti, lantaran ini adalah repat year saya.
skip PBL dan session2 wajib akan saangat memburukkan rekod saya. nanti di label sebagai pelajar tak kenang dek untung pula kan?
sudahlah repeat year, lepas tu nak ponteng banyak kali pula? memang sungguh tak ingat diri. (wanauzubillah.)

ini, pengalaman pertama kali menulis surat kepada Dean.
sudahlah saya dah lama tinggalkan arena penulisan rasmi. terutama dalam bahasa inggeris.!
buku rujukan karangan spm sudah lama disedekahkan, but hey.. teringat kepada kawan baik yang setia... pakcik google. :)
tak berlengah, cepat cepat tanya pakcik google .. "leave application letter".
instantly, pakcik google beri jawapan.
saya copy, saya paste. edit sikit ayat here and there dan.... siap surat rasmi! ( upss.. plagarisme...)
apapun alhamdulillah, Prof JPJ berbaik hati meluluskannya. *lega*
terima kasih prof!! :D

insyaAllah, saya akan kembali ke bukit jalil selepas cuti raya, yakni, dalam 3 minggu lagi. (whoa!)

nak tahu?
ketika ini, apabila saya memandang ke belakang,
saya dapat lihat betapa cantiknya perancangan Allah yang telah disusun untuk saya.
erm, cantik in the sense of, semuanya ada sebab.
bak kata seorang tokoh (wic i forgot whom)
pada satu ketika itu, apabila kita mengimbas kembali kehidupan kita,
kita dapat lihat setiap titik titik peristiwa yang berlaku dalam perjalanan hidup kita,
akan bersambung antara satu sama lain, mewujudkan garisan dan rantaian yang terhubung.
setiap satunya tidak terpisah. berkait, dan memerlukan. yang kini, memerlukan yang dahulu untuk wujud. yang dahulu, menentukan yang kini.
faham ke apa yang saya cakap ni? =)
apepun, saya berharap, titik titik yang bakal saya lakarkan dalam kehidupan saya mendatang ini, akan menyambungkan garisan yang pada titik terakhirnya, menghasilkan lukisan yang punyai makna. buat saya, dan juga buat mereka yang pernah berada dalam kehidupan saya.
allahumma amien...

dot-to-dot.
sambungan garisan yg akhirnya membentuk si rama rama. :)

hmm..baiklah. cukup mengenai perkembangan terkini diri saya.
insyaAllah post berikutnya akan menyusul.


jumpa lagi,

kerana syurga itu, aspirasiku.


bisik:
- dalam kepala nak cerita fasal badar yang menakjubkan
.
-saaangat rindu untuk kembali ke imu. banyak aktiviti yang dah terlepas. hm..

5 comments:

  1. "Again, you can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something — your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life."
    - Steve Jobs, co-founder Apple Inc.

    ReplyDelete
  2. teringat..setahun yg lalu kamu prnah bantu sy menulis surat rasmi..utk IMU jgk...jzkk ukhti..

    ReplyDelete
  3. anonymous1.
    alhamdulillah.. terima kasih.
    ya.. itulah orangnya.


    anonymous2
    ... =) those days..

    ReplyDelete
  4. nt bolehla tolong s/u wat surat rasmi ap2 XD

    ReplyDelete
  5. fnmn

    bolehhh.. tolong tengok saje.. hehe...

    ReplyDelete