motivation is her make up

2012:
continue to smile. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

2011:

smiles. Alhamdulillah. The rough journey of 2010 had made her the person she is today.
Nobody knows what the following 365 days would offer to her, but one things for sure, she will try her best not to trip twice, walk every single step with a much more positive attitude, a big huuge heart & believes that she have the most Mightiest, The Most Intelligent, The most Delicate Force with her; Allah Azzawajal. :)

Sunday, August 15, 2010

mimpi



segala puji bagi Allah penyimpan khazanah segala rahsia
5 ramadhan 1431H



sejak akhir akhir ini, saya kerap mimpi dalam tidur.
maksud saya, saya kerap ingat apa yang saya mimpikan.
meski tak semuanya, ada bahagaian2 dalam mimpi itu yang mampu saya gambarkan secara jelas. warnanya, perasaannya, keadaannya.

jika bangun dari tidur semalam saya beristighfar, lantaran babak mimpi yang sy ingat adalah bahagian yang sangat pelik,
hari ini,
subhanallah.. wa astaghfirullah...
saya tidak pasti samada mahu bertasbih, atau beritighfar.

mimpi saya kali ini unik.
tak pernah rasanya seumur hidup saya bermimpi sebegini.

mimpi

saya berada dalam satu rumah/masjid/institut.
kawasan itu dilengkapi dengan penghawa dingin.
bersih, sejuk dan selesa.


dan di situ, saya dapat lihat kumpulan manusia yang saya jangka seperti para-para huffaz.
para pemuda yang punyai wajah bersih bercahaya.... dan sangat tenang...
masing2 berjubah putih.
dan antara kumpulan manusia itu, terdapat beberapa orang yang saya cam raut wajahnya.

nak tahu siapa?
subhanallah.. mereka adalah ulama-ulama terhormat..!
kalau tak salah ingatan saya,
antara ulama yang saya lihat, adalah syiekh yusuf alQardawi, dan Habib Ali AlJifri...
(maafkan saya kalau saya tersilap lihat, tp rasa mmg macam mereka...)


Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah......
tak tahu lah nak kata apa..
tak pernah terfikir akan "berjumpa" dengan mereka hatta dalam mimpi sekalipun.!
dan ada lagi figura yang sy tahu rupanya, ttp tak tahu namanya.
rasanya seperti lihat depan mata betul betul.
antara percaya dan tak percaya.. (mimpi kan..) huhu..

selepas kumpulan orang2 soleh itu pergi, saya ke ruang legar kawsan tersebut,
saya lihat ada orang-orang sedang membaca ayat suci Quran,
masing-masing menanti waktu untuk berbuka puasa.
sefaham saya, kawasan itu kawasan masjid, kerana waktu tu macam sy ada niat iktikaf...
(boleh pula kan siap niat iktikaf dalam mimpi.. hehe..)
saya tidak membaca quran bersama mereka, tetapi saya teruskan penerokaan saya di kawasan tersebut..

..... dan hingga disitu shj yg sy ingat mimpi sy.

Allahuakbar..

mainan

ya sahabat,
sy cukup mafhum, mimpi itu, mainan tidur.
dan boleh jadi juga merupakan mainan syaitan..
lagi pula siapalah kita, yang penuh dosa dan kekurangan ini, untuk mendapat mimpi yang bersih..

namun subhnallah... tak kisahlah kan..
yang pasti, alangkah indahnya mainan tidur saya kali ini. :)
bertemu secara "live" dengan yusuf qardhawi dan habib Ali AlJifri itu sudah jauh indah dari mimpi! (sekalipun mmg semuanya mimpi semata-mata.. :P )

sungguh, sejak akhir akhir ini mimpi saya pelik namun indah dan seperti "ber-maksud"
walau kadang saya tidak faham apa makna yang tersirat yang terselindung, (jika ada.)
apapun mimpi saya perolehi, Mudahan Allah kekalkan hati saya pada jalan yang lurus.
jangan buatkan sy terpedaya pada mimpi yang kelihatan indah, namun melekakan..
wana'uzubillah..

saya anggap sahaja ia adalah hadiah ramadhan buat saya.
sebagai dorongan untuk saya melalui ramadhan dengan mencontohi para ulama dan para solehien. :)

insyaAllah.

hurmmm..... malam nanti, mimpi apa pula ye?
*hehe*


kerana syurga itu, aspirasiku.


bisik : hint utk ditulis dalam biografi tokoh islam majalah asyifa agaknya. hehe...


Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh,
sambil duduk berbaring di atas pelamin..
Yaasin:56

No comments:

Post a Comment