motivation is her make up

2012:
continue to smile. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

2011:

smiles. Alhamdulillah. The rough journey of 2010 had made her the person she is today.
Nobody knows what the following 365 days would offer to her, but one things for sure, she will try her best not to trip twice, walk every single step with a much more positive attitude, a big huuge heart & believes that she have the most Mightiest, The Most Intelligent, The most Delicate Force with her; Allah Azzawajal. :)

Saturday, August 14, 2010

kiriman ramadhan


Segala puji dan syukur kepada Allah, yang telah memanjangkan usia kita dalam amal..
4 ramadhan 1431H


kiriman

mata saya sudah berkaca. namun cuba ditahan.
hati pula, bercampur baur rasa,
antara lapang.. ringan..
dengan rasa sebak.. sayu.. dan terharu.

kiriman dari seorang sahabat selesai dibaca.
mulut tak henti henti mengucap kalimah syukur, segala puji bagiMu YaAllah..
sungguh benar, hanya Engkau pemegang hati hati ini,
dan hanya Engkau yang berkuasa untuk memberi petunjuk..

ikatan yang tersimpul selama ini, seolah terlerai pergi.
terangkat segala rasa kekeliruan. terbang...
dan Maha Suci Dia, kerana telah memilih Ramadhan, sebagai saksi...
bulan penuh kemuliaan, bulan penuh maghrifah.. bulan penuh keampunan..

Allahu Allah..
air mata yang berkaca sebelumnya, sudah tidak dapat ditahan.
gugur akhirnya. entah untuk kali ke berapa sepanjang sebulan yang lalu.
namun gugurnya saat ini membawa satu makna yang berbeza...

setiap titis air mata itu, sarat dengan rasa terharu atas sentuhan kasih sayangNya,
yang telah menyentuh saya, yang telah menyentuhnya... dengan caranya yang tersendiri.
subhanallah.. satu pentarbiyahan yang tak terhingga..

malu

diri merasa malu dan kerdil,
walau sebesar mana pun kesilapan dan kelalaian yang telah dilakukan,
Dia masih sudi menghulurkan rahmat kasih sayangNya...
Dia berkuasa "mendidik" dengan cara penghukuman..
tetapi Dia memilih dengan cara penuh kelembutan..

kini, jiwa yang satu ini, punyai azam.
ingin menjadikan ramadhan sebagai medan pemantapan jiwa,
dan ingin keluar dari bulan nan mulia ini, sebagai seorang yang baharu.
yang berusaha untuk melepaskan pergi segala yang pernah hinggap di hati,
dan cuba untuk menanamkan kerinduan pada yang hakiki.

Doa dipanjatkan,
agar sepahit mana pun jalur takdir yang bakal dilalui,
mudahan akhirnya manis yang dirasai.
Ya Allah... tiada daya upaya yang lain selain dariMu..
tetapkanlah hati kami,
pada jalan yang Engkau redhai..

.
.
.

kiriman dari sahabat, ditatap..
bibir mengukir senyum kecil.
dan hati terus menerus mengucap syukur.
subhanallah sahabat, sungguh, kau makin dewasa. =')

hanya kata terima kasih yang mampu saya iringi,
dan segala doa kesejahteraaan buat kamu,
dalam segala apa yang sedang dan akan kamu perjuangkan.


semoga kau terus mengharum,
semerbak... kasturi.

=)

kerana syurga itu, aspirasiku.


bisik : ramadhan 1431 yang penuh rahmat. =') diring dengan jumaat.. rahmat, atas rahmat..


Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu.,
berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan..
Yaasin:55

2 comments:

  1. :')..terima kasih..

    ReplyDelete
  2. la syukr 'ala wajibaat.
    tidak perlulah berterima kasih atas perkara yang wajib.

    :)

    ReplyDelete