segala puji bagi Allah, pengurnia segala rezeki..
4 ramadhan 1431H
Nuur.
Nuur yang dicari bukanlah nuur kasih manusia sebaliknya nuur kasih dari Allah swt yang melimpahkan rahmatnya kepada kita semua melalui nuur atau cahayaNYA..
Kita memerlukan cahaya untuk memandu kehidupan ke arah jalan yang benar,
dan semestinya cahaya itu datangnya dari Allah melalui Al-Quran dan hadith.
jika di dunia saja kita memerlukan cahaya, di akhirat kita lebih memerlukan cahaya.
Bayangkan jika di malam yang gelap gelita kita berjalan sendirian tanpa dibantu oleh cahaya lampu..
sudah tentu kita akan sesat dan tidak akan menemui jalan pulang.
Begitulah di akhirat, tanpa nuur atau cahaya dari Allah maka kita tentu lagi lebih sesat.
Kita sendirian di bawah sana dengan balutan kain putih yang diikat di bahagian tengah dan di hujung kepala. Ketika itu, tiada siapa yang dapat membantu kita.
Hanya rahmat Allah sahaja yang dapat menyelamatkan kita pada ketika itu.
Kita memerlukan cahaya untuk menerangi kehidupan kita di barzakh..
dan cahaya itu bergantung kepada amalan kita ketika di dunia.
Di barzakh, peluang kita untuk kembali ke alam dunia sudah tidak ada lagi,
kerana pintu rezeki untuk kita telah pun ditutup dan barzakh itu adalah pemisahnya...

Wahai Tuhanku, letakkan nuur di dalam hatiku,
letakkan nuur di lidahku,
letakkan nuur dalam penglihatanku,
letakkan nuur dalam pendengaranku,
letakkan nuur di kananku,
letakkan nuur di kiriku,
letakkan nuur di atasku,
letakkan nuur di bawahku,
letakkan nuur di dalam jiwaku.
Jadikanlah diriku bercahaya...
salam jumaat penuh rahmat,
kerana syurga itu, aspirasiku.
bisik :
asiff jiddan... masih belum mampu menulis sumthing yang datang dari hati... :(
tulisan kali ini , hampir kepada apa yg sy rasakan. diambil sepenuhnya dari laman sesawang 'menikmati takdir ilahi'.(klik sini)
Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.
Kepada Tuhannyalah mereka melihat.
al-Qiyaamah 22-23
Kepada Tuhannyalah mereka melihat.
al-Qiyaamah 22-23
No comments:
Post a Comment